CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292267|Reply: 1127

[DRAMA MELAYU] PEMBANCUH KOPI MR VAMPIRE (UNGKU ISMAIL, NAZEERA SARDI) drama adaptasi novel ber

[Copy link]
Post time 29-12-2016 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by willow12 at 25-3-2017 02:52 PM



Pengarah : Eyra Rahman
Idea Asal : Novel Pembancuh Kopi Mr Vampire karya Aii Fariza
Terbitan : MIG

Ungku ismail sbg alif irsyad
Nazeera sardi sbg nuzul filzah
Shima anuar sbg laila
Adam shahz sbg saiful
Sh shahora sbg mama alif irsyad
Faten afeefa sbg nurin


Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Serasa putaran dunianya bertukar paksi. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya.

“Logically or practically memang tak mungkin terjadi bagi kau, Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma terbatas di fikiran sedangkan bukannya sesuatu yang impossibleuntuk berlaku. Jangan sampai teori logik akal kau memakan diri. Secara praktikalnyapulak kau dating mengadu dekat aku yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam Nuzul.” ~ Syed Saiful.

Sumpahan atau doa seorang sahabat?

Bermati-matian Irsyad menafikan rasa namun, pesona si gadis merantai naluri. Akhirnya bisikan asmara mendahului jiwa yang kelelahan cinta. Lantaran itu, Irsyad akur demi meneguk kasih seorang Nuzul Filzah.

“Aku sukakan kau, Nuzul. Lebih daripada nyawa ini aku boleh berikan pada kau.”
“Encik….”
“Please be mine. Jadi milik aku supaya aku boleh menjaga kau dan adik-adik kau.”
“Jangan suka saya boleh tak?”
“Dah terlambat, Nuzul. Aku jatuh cinta dengan kau lebih awal daripada ini. Sekarang hati aku hanya inginkan kau. Aku nak jadi sebahagian daripada keluarga kecil kau.”

Nyata takdir menguji kasih yang terjalin. Kehilangan Nuzul hampir meragut kewarasan Irsyad. Gadis itu pergi bersama separuh nyawanya. Irsyad tenggelam punca. Hari-hari yang ditempuhi umpama mayat hidup.

Empat tahun berlalu... menemukan mereka semula. Pabila mata bertentangan, memori-memori pahit mengundang kebencian antara dua hati. Memadamkan rindu dendam yang menguasai jiwa mereka selama ini. Irsyad dan
Nuzul saling menyakiti demi menyembunyikan getaran asing. Getaran yang sama seperti empat tahun lalu.

Lantaran gagal membendung perasaan, malam itu Irsyad bertindak di luar pedoman. Cinta, rindu dan dendam
membakar semangatnya untuk memiliki Nuzul. Dia harus memasung sepasang kaki itu agar terikat di sisinya.

“Tolonglah awak, saya tak rela. Saya tahu fikiran awak terganggu, awak takkan tergamak buat saya begini.”

“Kalau aku sentuh kau tentu kau takkan larikan, sayang.”

“Jangan jadi makhluk yang terhina dengan melakukan zina. Allah melihat perbuatan kita dan saya takkan pernah menerima lelaki yang hanya ingin bertanggungjawab selepas melakukan dosa besar.”

“Bolehkah aku percayakan kau? Apa jaminannya kau takkan tinggalkan aku lagi? ”

“Percayalah kali ini saya takkan pergi lagi. Saya dah cukup terseksa hidup tanpa awak.”

“Kau terseksa seperti aku, Nuzul? Tapi kenapa kau tinggalkan aku? Apa alasan kau?”

Setiap kali persoalan itu berbangkit, Nuzul pilih untuk berdiam diri. Irsyad panasaran demi menuntut sebuah jawapan. Semakin dia ingin mengetahui, semakin Nuzul bijak mengelak. Walaupun ijab dan kabul termeterai, erti bahagia sukar dikecapi. Rumah tangga yang bertunjangkan cinta menjadi suram lantaran penghuninya berlaku dingin. Demi sebuah rahsia, Irsyad tegar menyakiti wanita yang dicintai. Selagi sang isteri berdiam diri, selagi itu bulan madu mereka terus tertangguh.

“Abang, kita kena kahwin paksa ke?”

“Tak.”

“Tapi kenapa kita macam pasangan yang kena kahwin paksa? Permulaan perkahwinan dah tak rasa bahagia.”

“Nuzul ada jawapannya.”

Biarpun seribu kali hatinya tercedera, Nuzul bertahan kerana dia mencintai sang suami. Bukan sengaja mahu mendera diri, tapi Nuzul yakin mereka boleh bahagia tanpa mengetahui rahsia tersebut. Namun adakah Irsyad akan mengalah begitu saja? Dapatkah Nuzul terus menyembunyikan segala jawapan sedang hatinya saban hari terhiris dan terluka? Siapakah yang harus mengalah dalam soal ini? Irsyad atau Nuzul?

“Umpama permainan catur, aku ibarat ‘queen’ yang melindungi rajanya (king).”

Apakah sebenarnya rahsia yang disembunyikan oleh Nuzul? Mengapakah dia menghilang selama 4 tahun sebelum ini? Adakah ahli keluarga Irsyad memain peranan di sebalik semua itu? Kerana apa? Sudah tentu kerana cinta antara 2 darjat... kan?

Jangan lupa saksikan di HYPP TV. Dapatkan jawapan di sebalik semua persoalan tersebut.



*ADAKAH DRAMA INI BERPOTENSI MENGHASILKAN SEGEROMBOLAN SHIPPERS HERO HEROIN PD TAHUN HADAPAN? NANTI KANNNN.....  Share: 0

UPDATE
OST BUKAN AKU - TASHA MANSHAHAR



Jom layan serba sedikit gambar BTS....

      


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2016 01:02 PM | Show all posts
errkkk, knape tajuk dia mcm....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2016 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sindora1412 replied at 29-12-2016 01:02 PM
errkkk, knape tajuk dia mcm....

Dah nama pun adaptasi novel uolllsss..

Tapi patutnya boleh je improvise judul drama, tapi kena bagi credit la kat montaj etc etc..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 02:25 PM | Show all posts
author novel-novel begini gerenti semua kdrama addicted...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2016 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
*rindu EL sbnrnya*

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 04:07 PM | Show all posts
dalam orng dok kutuk2 drama2 melayu cter ntah pape ni, slumber jer dia keluar. kah kah kah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2016 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat umi nazeera pelakon nyer laju aku buka sekali tgk nazira sardi daa
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ungku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2016 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Check in. Rindu UIA sejak lepas TLU. Tak puas tgk telemovie
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah...nak tgk EL...tp kt hypp tv...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Update from insta story nazeera sardi...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2017 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by willow12 at 3-1-2017 09:42 AM

More photos..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 09:48 AM | Show all posts
takdak hypptv....so sedih
hope ada yg upload kat blog or utube nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 09:54 AM | Show all posts

kannn.....rindu berat
rindu those happy moment
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 12:23 PM | Show all posts
bungaros replied at 3-1-2017 09:54 AM
kannn.....rindu berat
rindu those happy moment

Samalah, takde HyppTV
Rindu TLU kan @bungaros

Ingat lagi masa nada SR kat thread TLU dulu, rindu korang semua waktu tu. Hihi.

Tu belum lagi ura2 yang mengatakan ada TLU Raya, tup2 tak jadi pula, frust betul.

Ingat lagi episod 20, scene Kyra turun escalator nak date dengan EL tu, siap EL tersasul panggil Kyra, Ejad tu? Baru nada tahu tu merupakan first scene Ungku dengan Ejad sekali. Walaupun tu first scene, tapi spark diorang tu dah ada dah. Hebat betul.
https://www.instagram.com/p/BHbL-gshuP0/?taken-by=zafirahtahir

Harap satu hari nanti, ada naskhah yang terbaik buat mereka berdua lagi

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2017 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
bungaros replied at 3-1-2017 09:54 AM
kannn.....rindu berat
rindu those happy moment

Haluuu kaka..... Gigih tak iolsss buka thred ni. Biaq pi lah nak sendu pun.. iols redha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2017 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
I missed u so much EL.

Byk drama2 dia I x follow. Termasuk la yg travelling beruang.
Drama ejad pun x follow.

Tapi late ly ada roh El kat ungku dlm beberapa drama..ni yg teringat balik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 09:39 AM | Show all posts
pinkzara replied at 3-1-2017 11:23 PM
I missed u so much EL.

Byk drama2 dia I x follow. Termasuk la yg travelling beruang.

subtle dia tu....yg buat teringat kat EL. gigih i mengadap citer tuan ihsan sbb nak tgk dia. mujur 2 ep je
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 09:43 AM | Show all posts
willow12 replied at 3-1-2017 07:18 PM
Haluuu kaka..... Gigih tak iolsss buka thred ni. Biaq pi lah nak sendu pun.. iols redha..

kalau ai dpt tgk nanti boleh ler turut meriahkan suasana kat sini. klu sekadar tgk snippet kat ig...buang karan jah
hope ada chemistry dgn heroin. that girl lawo in person. kulit mulus
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
bungaros replied at 4-1-2017 09:43 AM
kalau ai dpt tgk nanti boleh ler turut meriahkan suasana kat sini. klu sekadar tgk snippet kat ig. ...

Heroinnya tu spoiled..huhu..tak suka tgk muka dia.

Kalau heroin sein dan luna ok. Cun sepadan berdiri sama tinggi..berlakon x kayu kayan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 2.498875 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list