CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5998|Reply: 38

Ini Antara Alasan Mengapa Wanita Memilih Untuk Kahwin Lambat, Betul Tak?

[Copy link]
Post time 12-1-2017 12:59 PM | Show all posts |Read mode


Memasuki usia 30-an, pasti akan membuatkan anda merasa bimbing jika masih lagi belum berkahwin.


Lebih perit lagi, wanita di usia 30-an tetapi masih belum berkahwin akan dipandang masyarakat sebagai wanita yang tidak laku, bermasalah atau kuat memilih. Betul ke?







Walaupun bermacam-macam sangkaan negatif dari rakan-rakan atau keluarga, golongan kahwin lambat ini pasti ada sebab tersendiri! Ini antara alasannya mengapa mereka memilih untuk berkahwin lambat.


Sebuah kaji selidik dari Love and Relationship Coach menyatakan bahawa golongan yang belum berkahwin dan berusia 30 tahun keatas memilih untuk kahwin lambat kerana tidak mahu bercerai seandainya tersalah memilih pasangan hidup. Mereka memiliki alasan logik mengapa lebih baik terlambat kerana jika mereka sudah terlanjur berkahwin dan baru tersedar bahawa mereka salah memilih pasangan, pasti penyesalan sudah tidak berguna lagi.


Menurut seorang konselor dari Love and Relationship Coach, ramai di kalangan wanita yang terlalu cepat mengambil keputusan untuk berkahwin hanya kerana masalah tuntutan usia dan desakan keluarga. Padahal memperjuangkan pilihan yang tepat dalam memilih pasangan jauh lebih baik dibandingkan semua alasan itu.






Jadi buat anda yang masih belum berkahwin diusia lanjut, tidak perlulah berkecil hati walaupun ada bisik-bisik mulut jahat memanggil anda ANDARTU (Anak Dara Tua). Pastikan anda tidak salah dalam menentukan siapa yang selayaknya untuk menjadi pasangan hidup demi masa depan dunia dan akhirat. Biar lambat asalkan selamat. Betul tak?


Ya, setiap orang sudah ditentukan jodoh masing-masing namun berusaha mencari pasangan terbaik adalah satu kewajiban. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 01:52 PM | Show all posts
Kena tanya @ifanonline btol ke x
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:03 PM | Show all posts
Apahal asyik keluar artikel pasal perempuan lambat kahwin? Mana artikel pasal lelaki lambat kawin?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:20 PM | Show all posts
matchstick replied at 12-1-2017 01:52 PM
Kena tanya @ifanonline btol ke x

this is my expertise...

and this article terlalu lame utk di bincang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:25 PM | Show all posts
insulin replied at 12-1-2017 02:03 PM
Apahal asyik keluar artikel pasal perempuan lambat kahwin? Mana artikel pasal lelaki lambat kawin? : ...

x pnah lagi dengar isu org bimbang lelaki lambat kawen..tu yg xde artikel kot..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:30 PM | Show all posts
lek je la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2017 02:31 PM | Show all posts
Pada saya tiada isu pun, perkara ini bergantung pada individu tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:56 PM | Show all posts
X kawen xpa... asal jgn menyusahkn org sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 02:57 PM | Show all posts
Kawan baik aku umur 36 tahun..muka lawa kacuk siam. Ade iras Tok Ti. Tapi aku tak boleh nak hadam..Lelaki kerja bagus rupa ada perangai pun  elok dia tak nak. Yang perangai tah ape2 suka pulak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 03:33 PM | Show all posts
btula bg aku alasan tu..terkena plak dgn aku n hsmate aku

aku n hsmate aku awal2 30 an..
aku xfikir n xcari calon pun. atas sbb diatas.
hsmate aku lak, hjg thn nie akan khwn..kenal 3 bln btunang..tp aku xtau nk ckp apa bila dia cite pasal tunang dia..smpai aku terfikir terdesak ke dia nk khwn?? sbbnya tunang dia mmg xda kew yg baik, bgantung kat kwn aku lak..siap suruh kwn aku buat loan utk khwn..hmm..yg aku xbleh blah plak, masa mak kwn aku sedang sakit di hsptl, hmpir sebln lbh  mak dia duk wad n dia tiap 2 mggu dia blk jenguk mak dia, si tunang tu bleh pertikaikan dia kerap blk kg..pastu si tunang plak, nak ajak melawat bakal mertua pun xnk kat hsptl, alasan byk nk pkai duit klu blk kg..

aku sedih, kesian dan xtau la nk kata apa..fmly dia, sedara mara dia n kwn2 dia slama nie duk desak dia khwn cpt. bila dia dh bjmpa calon bgini plak perangainya..kwn aku lak..mcm paksa dri terima dia je, asal khwn..

aku pun xtau nk ckp apa, doa je dlm hati laki tu berubahlah lps khwn. sekian
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 03:36 PM | Show all posts
nak tambah skit lg..aku xsuka org sekeliling yg dh khwn n paksa org bujang nie duk khwn.sakit hati aku..

mcm la bagus sgt klu dh khwn tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 03:44 PM | Show all posts
rilex ler i pun dh lebih umur ni lom ada jodoh lg ni.. doa2 kan.. aminnn...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 06:16 PM | Show all posts
xpayah kawenla bukan best pon.huuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 06:17 PM | Show all posts
Hahahahaha. Dialog dekat gambar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 08:45 PM | Show all posts
klo smpi jodoh kawen, xpyh nk kejar status smpi cerai berai plak nti
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 09:28 PM | Show all posts
ngee replied at 12-1-2017 03:33 PM
btula bg aku alasan tu..terkena plak dgn aku n hsmate aku

aku n hsmate aku awal2 30 an..
...

Kadang geram kan tengok orang kita kenal buat keputusan yang pengakhiran nya macam bakal terseksa? tapi nak buat mcm mana. dah dia pilih mcm tu. konsep redha sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 12:27 AM | Show all posts
ifanonline replied at 12-1-2017 02:20 PM
this is my expertise...

and this article terlalu lame utk di bincang...

Lame cane tu?

Share lah pandangan u..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ai tak stress sbb tak kahwin tapi stress org yg kerap tanya. ada mood aku layan klu takde mood mendapat lah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 08:42 AM | Show all posts
kalau ada jodoh maka kawenlah dia
klu dah jodoh xde usaha camner pun mmg gitu ajelah
for me terpulang pd individu bila h dah sampai
kdg yg dtg tu biawak  hidup, laki org, atok org dan nk paksa gak diaorg ni kawen
kang diaorg gak yg akan rs dan lalui dgn lelaki tu
so rilex2 sudah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 10:19 AM | Show all posts
ala kawen or x, biarlah..that's individual choice..org2 lain ni xyah sibuk2.. berkahwin xsemestinya bahagia, xberkahwin plak xsemestinya xbahagia..  ade je lelaki yg umur 30 an xkawin2 lagi, tp perempuan jugak yg jd tumpuan.. plus skang ni bkn ramai andartu je, ramai je janda and duda yng mude2.. umur 31,33 dh jd janda or duda..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.051469 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list