View: 1478|Reply: 8
|
Perodua Nafi Kempen Myvi Percuma Di Laman Facebook
[Copy link]
|
|
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), menafikan bahawa ia menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu, seperti catatan di akaun Facebook ‘Perodua Malaysia Company’.
sumber foto: Facebook Perodua Malaysia Company
Memetik laporan Bernama, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Zahari Husin berkata Perodua sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook terbabit.
“Catatan itu dibuat oleh pemilik akaun berkenaan dan kami menasihati orang ramai supaya hanya merujuk kepada saluran rasmi kami untuk sebarang kempen dan promosi,” katanya dalam kenyataan kelmarin.
Saluran rasmi Perodua ialah laman ‘MYPerodua’ di Facebook, laman web rasmi (www.perodua.com.my), akaun Instagram (MYPerodua_instagram) dan laman web khusus untuk pelanggan yang setia (www.ufirst.com.my), katanya.
Beliau berkata, pada masa ini, Perodua hanya menjalankan satu kempen iaitu ‘Golden Prosperity Deals’ dengan penjimatan sehingga RM3,888 sebulan yang ditawarkan bagi model terpilih.
Perodua akan mengadakan kempen ‘MYPerodua Nation’ selama tiga hari bermula 20 Jan, 2017, karnival terbesarnya, di kawasan letak kenderaan Aeon Mall Shah Alam, Selangor.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
15 biji tuu |
|
|
|
|
|
|
|
Hello !
My name is Frank M.James.
I am the manager of this BMW.
One Lucky Winners Will Be Announced On February 1st !!
Step 1) Like this post
Step 2) Share on your wall
Step 3) Comment Done
Good Luck to everyone ! |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih pesbuk frens aku share link |
|
|
|
|
|
|
|
Haha yg myvi ni member2 aku pun ada share dkt fb. Duk `done` `done` |
|
|
|
|
|
|
|
Haha. Mesti ramai yang tertipu. Aku syak ada orang tengah testing social engineering ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|