Foto: www.dailymail.co.uk
Baru berusia 15 bulan, namun keberanian kanak-kanak yang bernama Hadassah ini berjaya mencuri perhatian dari seluruh dunia apabila dia dilihat meluncur bersama bapanya di laut.
Apa yang menakjubkan dia mampu mengimbangi badan untuk berdiri di atas tangan bapanya dan menurut Daily Mail Online, mereka sudah melakukannya besama sejak Hadassah berusia empat bulan lagi.
Keluarga yang berasal dari Hawaii, Amerika Syarikat ini memperuntukkan masa selam sejam setengah setiap hari untuk melakukan aktiviti meluncur.
Bapanya, Sergio Lima dan ibunya, Carly keduanya-duanya adalah peluncur profesional dan memiliki sebuah akademi meluncur di Hawaii.
Lagi mengagumkan, pertama kali Hadassah dibawa ke laut oleh ibu bapanya adalah ketika umurnya baru sahaja mencecah empat minggu.
Foto: www.dailymail.co.uk
Carly juga mengatakan yang semasa mengandungkan anaknya itu dia aktif meluncur dan selepas melahirkan, Hadassah juga sangat seronok melakukan aktiviti yang sama.
Mereka juga berharap yang anaknya itu akan mengikut jejak langkah sama dan menjadi seorang peluncur profesional yang berjaya kelak.
Foto: www.dailymail.co.uk
Wah, sangat membanggkan bukan? Ada ke ibu bapa di luar sana yang teringin untuk melatih anak-anak untuk melakukan aktiviti sebegini juga? -CARI |