Edited by qqOfficial at 13-3-2017 08:49 AM
Penyanyi Sufian Suhaimi atau glamer dengan nama Kak Pian () menafikan dirinya gay apabila dikatakan menulis status ‘I’m gay and this is not a tweetjack’ di Twitter yang tular di laman sosial sejak semalam. Sufian, 25, ketika dihubungi berkata, perkara itu berlaku lima tahun lalu apabila telefon bimbitnya digodam rakan tanpa pengetahuannya.
“Ketika itu saya mengikuti pengajian ijazah sarjana muda dalam Bahasa Inggeris. Pernah pada satu masa saya dan rakan-rakan sekelas bergurau mengenai perkataan ‘gay’ yang membawa maksud gembira. “Saya bukan orang seperti itu. Kebetulan ketika itu telefon saya mudah digodam dan mereka mengambil kesempatan menulis status itu di Twitter saya. “Saya tak perasan mereka menulis sesuatu yang pelik di akaun Twitter. Sekarang apabila semakin ramai yang mengikuti Twitter saya, baru saya menyedari status itu," katanya kepada Harian Metro. Sufian yang popular menerusi lagu Terakhir berkata, walaupun status itu sempat dibuang tapi sudah ramai yang berkongsi dan membuat paparan skrin. "Saya tak terlalu memikirkan perkara itu atau menganggap ia satu masalah serius. Saya tahu mereka pun faham saya pernah melalui zaman remaja. "erkara seperti menggodam atau mengenakan rakan lain di laman sosial adalah perkara biasa. Lagipun ia menjadi tular mungkin disebabkan saya mulai dikenali ramai. “Saya lelaki normal dan meminati wanita dan salah - seorangnya ialah pelakon, Elfira Loy,” katanya.
sumber : HMetro
|