|
"Mana pula nak dapatkan mee udang galah besar kaw-kaw punya di tengah Shah Alam ni?"
Jika itulah yang bermain di minda anda, jangan risau kerana tak jauh pun hanya terletak di hadapan Plaza Alam Sentral Shah Alam, ada gerai yang menghidangkan segala menu berasaskan udang galah!
Gerai Feeza Corner semakin menjadi tular di kalangan para penggemar mee udang terutamanya. Antara menu yang meletup di sini termasuklah tomyam udang galah Bangkok, maggi udang galah, udang galah masak pedas dan sebagainya.
Sesuailah bagi anda yang mencari hidangan untuk makan tengahari dan juga petang di sini.
Harganya dikatakan paling mampu milik di sini, set makan tengahari misalnya boleh didapati dengan hanya RM9.50! Udangnya pula memang besar-besar dan paling penting segar!
Jom lihat sendiri bagaimana gembiranya pengunjung yang menikmati makanan di sini. Pasti tak menyesal punya. - CARI
Alamat :
Eeza Corner, C1, Kiosk Shah Alam Walk
Jalan Majlis, 40000 Shah Alam
(Hadapan Menara MRCB dan Bank Negara)
Masa Operasi :
08.00pg - 06.00ptg
Facebook :
https://www.facebook.com/feezacornerUdangGalah/ |
|