|
Ahad lalu, selepas bertengkar dengan keluarganya, seorang wanita berusia 30an bertindak terjun dari bumbung bangunan pada ketinggian 20 meter.
Bagaimana pun, akhbar Chinese Business View melaporkan wanita yang berasal dari daerah Shiquan di wilayah Shaanxi itu dikatakan tergantung di udara selama kira-kira tiga minit, apabila suaminya sempat memegang rambutnya yang diikat, sebelum polis tiba dan menyelamatkannya.
Menurut pegawai polis, Zuo Yu, mujur anggota polis pantas bergegas ke tempat kejadian sejurus terima panggilan orang ramai.
"Apabila tiba, kami melihat suaminya menggenggam tocangnya, tetapi isterinya nyaris jatuh. Jika kami lewat beberapa saat atau suaminya tidak dapat bertahan untuk beberapa saat lagi, mustahil untuk beliau selamat."
Dilaporkan sebahagian daripada tubuh wanita itu 'ditahan' oleh paip berukuran 30 sentimeter lebar, yang membantu menyokong berat badannya.
Sekiranya tanpa sokongan paip tersebut, wanita itu berkemungkinan besar akan jatuh walaupun dengan usaha suaminya.
Walaupun selepas polis berjaya menarik salah satu tangannya, wanita itu kelihatan beremosi dan sentiasa menjerit supaya dirinya dilepaskan.
Menurut kajian, kira-kira 2,000 helai rambut secara teori mampu menampung sehingga 30kg berat badan, tetapi keupayaan kulit kepala untuk menahan berat badan adalah terhad. - CARI
sumber foto: Chinese Business View
|
|