Geli hati juga melihat sebuah video memaparkan aksi seorang anggota polis Australia menggoreng telur di atas bonet kereta perondanya.
Dengan suhu cuaca melampau mencecah 46 darjah Celsius di Birdsville, Brisbane, polis itu boleh menggoreng sebiji telur di dalam kuali yang diletakkan di atas bonet keretanya.
Rakaman video itu dimuat naik di laman sosial Facebook Jabatan Polis Queensland dan sehingga artikel ini ditulis, ia sudah ditonton lebih tiga juta kali dan memperoleh hampir 50 ribu perkongsian.
Foto: FB Queensland Police Service
Menurut Mail Online, sehingga Ahad lalu sudah 16 hari suhu di bandar itu berada di atas 40 darjah Celsius.
Kebiasaannya suhu maksimum di Birdsville pada Februari mencecah 38 darjah Celsius, namun Sabtu lalu suhu maksimum dicatatkan pada 46.2 darjah Celsius.
Video: FB Queensland Police Service
Bandar itu juga digelar 'neraka dunia' kerana cuaca panas melampau. - CARI |