|
Sebelum ini, lazimnya kedengaran kapal terbang terlanggar burung ketika berlepas ataupun pada waktu berada di udara, sehingga terpaksa membuat pendaratan kecemasan.
Tetapi, awal pagi tadi waktu Malaysia, akibat terlanggar rusa ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Charlotte Douglas di Carolina Utara, pesawat CRJ700 milik syarikat penerbangan American Eagle terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas.
Memetik laporan The Charlotte Observer, pesawat itu yang membawa 44 penumpang dan anak kapal, penerbangan ke Gulfport, Mississippi, diarah berpatah balik dan mendarat oleh menara kawalan selepas mengesan berlaku kebocoran minyak akibat perlanggaran itu.
Pasukan bomba menyembur buih pada badan pesawat sebaik ia mendarat.
American Eagle ialah anak syarikat American Airlines dan Menurut jurucakapnya, Katie Cody, tiada kecederaan berlaku.- CARI
sumber foto: http://www.charlotteobserver.com
|
|