CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9542|Reply: 41

Busuknya Bau Kencing Kucing! Halang Dengan 4 Cara Terbaik Ini

[Copy link]
Post time 1-3-2017 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Aduhai, pening kepala rasanya bila kucing kencing di ruang tamu. Padahal bukan tidak disediakan 'litter box', pasir pun baru je tukar.


Keluhan ini biasa didengari dari mereka yang membela haiwan comel ini dan acap kali menjadi masalah besar kerana bau kencing kucing memang susah nak hilang.

Foto: www.petfinder.com


Jangan risau, ada beberapa petua yang memang berkesan anda boleh cuba ya.


1. Guna Serai
Kucing memang anti dan langsung tidak menyukai bau serai. Jadi boleh beli produk yang berasaskan serai atau serai wangi yang ada di pasaran. Semburkan sahaja di kawasan yang selalu menjadi tempat kucing anda kencing. Lagi elok sekiranya anda letakkan sahaja batang serai di sudut-sudut rumah.



Foto:www.momjunction.com



3. Guna belerang
Taburkan sahaja di penjuru-penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau akan mengelakkan kucing dari kencing merata-rata.



2. Guna Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam (Biji bukan serbuk) ke dalamnya. Biar dalam masa masa 2 hingga 5 minit. Masukkan ke dalam botol penyembur dan semburkan di kawasan kucing kencing.



Foto: www.tribunnews.com





4. Guna Cuka
Jika kucing masih lagi berdegil walaupun dengan pelbagai usaha untuk menghalangnya kencing merta, guna sahaja cuka. Bahan ini mampu untuk membersihkan dan menghilangkan bau kencing kucing yang sangat busuk.


Walaupun jemu atau marah dengan kucing belaan anda yang kencing merata, jangan sesekali jerit atau pukul haiwan peliharaan anda ya.


Kenal pasti masalah yang dihadapinya dengan membawanya segera ke doktor untuk pemeriksaan lanjut. Mungkin ada yang tidak selesa dengan 'litter box' sehingga kencing merata atau ada masalah kesihatan yang lain.


Foto: southtyleranimalclinic.com


Apa-apa pun cuba dulu tips yang diberikan, pasti berkesan. Selamat mencuba! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 11:47 AM | Show all posts
iols salu guna cuka jer.. salu encik kucing membuang dlm litterbox.

tapi ade masa dia mogok gigih la nak berak kencing merata
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 11:50 AM | Show all posts
nak try la.. Dah kucing jiran sll lepak  kat rumah . kecing berak merata2.. Jiran buat tak tau.. Bencinya bau kencing n berak tu      !!!!!!!!!!!!!!!!!   .......................
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 11:58 AM | Show all posts
samalah dgn kucing jiran usu..dia buat tak tau jer anak2 kucing dia berak kencing kat depan rumah usu..paling sadis depan pintu...buka jer pintu pepagi..harus berhati2..kalau tidak...pijak taik anak2 tu..pernah usu infm dia kurung anak kucing..masih dia buat dunno hajer...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 12:03 PM | Show all posts
mmg pakai cuka je
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hubby penah try guna cuka, nampak mcm berkesan tp tak tahan pening la pulak bau cuka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2017 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak serbuk kopi kat tempat selalu kucing berak, kat luar umah laa, berkesan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
JpA0606 replied at 1-3-2017 11:50 AM
nak try la.. Dah kucing jiran sll lepak  kat rumah . kecing berak merata2.. Jiran buat tak tau.. Ben ...

Pakai cuka,mmg x dtg dah..aku dah try,mmg menjadik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 02:25 PM | Show all posts
Guna cuka yang menjadi yang lain tu sila abaikan je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 02:46 PM | Show all posts
Edited by taji2906 at 1-3-2017 02:48 PM

kadang kucing buat hal takmo berak kencing dlm litter box sebabnya litter box tu dah penuh, atau pun bau kuat sangat.. kadang kita bersihkan pasir je tp bau bauannya melekat kat litter box tu.. so sekali sekala bersihkan la litter box tu dgn pencuci..
aku umpamakan kucing ni macam kita, kalau nk berak kat jamban tp tgk2 jamban busuk, tak flush plak.. dia pun tak lalu.. baik berak kat tempat lain..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 03:37 PM | Show all posts
sukesuke replied at 1-3-2017 02:19 PM
Pakai cuka,mmg x dtg dah..aku dah try,mmg menjadik

thanks... wil try tat..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 03:40 PM | Show all posts
taji2906 replied at 1-3-2017 02:46 PM
kadang kucing buat hal takmo berak kencing dlm litter box sebabnya litter box tu dah penuh, atau pun ...

hahahaaa mcm kucing aku. terlambat tukar sebab pegi pasar. balik pasar tgk kucing2 ni dah terbalikkan jamban diorang dalam kandang. haisshhhh xsabo sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 03:46 PM | Show all posts
UsuFie replied at 1-3-2017 11:58 AM
samalah dgn kucing jiran usu..dia buat tak tau jer anak2 kucing dia berak kencing kat depan rumah us ...

sama la dgn jiran i.. adalah dlm 5 atau 6 ekor.. buat pening kepala je.. blk keje tgk je mcm nak nangis  ..  
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:05 PM | Show all posts
Edited by EncikRhoma at 1-3-2017 08:07 AM

Pakai la air purifier coway... bau busuk boleh hilang.. kalau nak pakai, pm saya
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:20 PM | Show all posts
Kalau pakai semburan jenama serai wangi tu berkesan tak? Sebab serai juga kan? Senang, sembur je.

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang bau tabur soda bikarbonat.halau letak cuka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 05:00 PM | Show all posts
Nice tips..Leh try ni..Anak bulus aku ada dua ekor dua2 jantan adik beradik..si abang kadang mood dia tak elok dia jadi bomba la..spray air merata..mood dia baik dia kencing kat mangkuk tandas..lepas tu aku flush je..si adik ok je kencing kat litter box..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 05:06 PM | Show all posts
pakai serai tu aku kompem tak jadi..
pasalnya.. kucing aku bukannya lari, makin dikunyah2nya serai tu lagi ada

terpaksa beli serai baru nak buat buat sambal pasal hancur dikejekan diorang
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 06:30 PM | Show all posts
suka je tgk kucing yg pandai membuang kat bilik air
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 06:38 PM | Show all posts
hahahaha. sesusah je. benda paling senang nk halang dia kencing adalah jgn bela kucing. simple
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.049322 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list