Keluarga Tillotson, Foto: Metro.co.uk
Ini memang benar-benar family goal. Keluarga Tillotson dari Utah, Amerika Syarikat sanggup menjual rumah mereka untuk melakukan pengembaraan mengelilingi dunia selama setahun.
Mereka akan hidup secara nomad selama setahun dan pengembaraan ini bertujuan untuk mendedahkan anak-anak dengan warna-warni kehidupan dunia.
Apa yang menarik adalah pengembaraan mereka akan disertai seorang pengasuh yang boleh menjaga ketiga-tiga anak mereka iaitu Porter, Becnkett, dan Wren di sepanjang perjalanan merentasi pelbagai negara.
Fuh, memang bertuah! Melancong satu dunia dan segala-gala perbelanjaan ditanggung pula tu. Syaratnya juga mudah sahaja, hanya perlu menyukai kanak-kanak dan mengasuh mereka.
Foto: Metro.co.uk
Pengasuh juga dikehendaki membantu untuk mengajar anak-anak kerana mereka akan belajar dengan kaedah homeschooling sahaja.
Perjalanan akan dimulakan Julai tahun ini dari New York, ke Iceland dan Scandinavia, dan seterusnya ke Eropah, Hawaii dan Asia.
Lagi menarik, pengasuh bertuah juga dibayar gaji sehingga $1,500 (lebih kurang RM6682) sebulan.
Foto: Metro.co.uk
Kesempatan begini memang datang hanya sekali seumur hidup. Bagaimana jika berpeluang, ada yang berminat menjadi pengasuh untuk keluarga seperti ini? -CARI |