CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20962|Reply: 116

Makanan Sini Macam 'Sial' - Chef Zam

[Copy link]
Post time 7-3-2017 10:36 AM | Show all posts |Read mode


Salam buat semua!


Melalui pertemuan pertama ini saya mengharapkan agar anda memandang kami melalui mata hati! Sudut positif! Semoga apa yang dipaparkan ada kebaikannya berbanding trending semata-mata. Segmen ini agak pelik ya! X-POSE! Satu pendedahan yang menarik!


Selebriti pertama minggu ini adalah antara kenalan saya dengan objektif utama untuk berkongsi inspirasi beliau dalam dunia 'sudu @ garpu'!


Kisah 'carut' yang menjadi trending di beberapa blog terkenal mengingatkan saya pada tetamu pilihan minggu ini. Terkedu seketika, statement "Makanan ***** (syarikat penerbangan negara) Macam Sial!" Menjadi viral dan mencabar kesabarannya. Nak tahu ceritanya?


Sebagai pencinta kulinari tempatan, Chef Zam sangat peka bila bercakap tentang makanan tempatan dan turut melibatkan imej negara, lantas dia mesti lakukan sesuatu...reblog atau repost berita sensasi itu di media sosial.


Dan sebuah blog terkenal melihat itu sebagai berita yang paling sensasi, lantas memuatnaik cerita itu. Seolah-olah ia merupakan chef Zam punya statement.


Meletup! Melibatkan banyak pihak yang tidak berpuas hati! “Saya bengang. Jangan merosakkan reputasi seseorang itu tanpa menyelidiki terlebih dahulu. Ia melibatkan maruah. Kalau hendak reblog sekalipun, kena selidik dan tengok kesahihannya.

"Sebagai pensyarah kolej yang memiliki reputasi yang baik, saya mesti tunjukkan contoh yang terbaik untuk semua student saya dan masyarakat. Itu adalah tanggungjawab saya”.





Nada suaranya tinggi penuh emosi. Kesimpulannya - Chef Zam bercadang hendak mengambil tindakan mahkamah, namun blogger tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.


Saya mengenali pemuda ini sejak 19 tahun yang lalu! Ketika itu dia bertubuh montel dan berkulit putih gebu sebagai pesonanya. Hilai ketawa orang Ganu kita ini begitu dominan! Bila cuti semester dari UITM Shah Alam, dia sering singgah dan melepak di pejabat kami, Kumpulan Karangkraf, TTDI.


Karektor dan kemesraannya itu menyenangkan banyak pihak. Ya, masa terus berlalu dan persahabatan kami mula terpisah.


Kekaguman saya tidak berhenti di situ, lalu saya meluangkan masa melihat mercu tanda kejayaan Profesor Chef Zam yang terletak di kawasan strategik, Pusat Perdagangan One Puchong,  Kuala Lumpur.  


Kolej Antarabangsa Silverspoon (SIC) ditubuhkan pada 21 Julai 2010 ini menyambut saya dengan bangganya. Selepas mendengar penerangan dari 'kawan lama' ini, level kekaguman saya berganda, kerana objektif utamanya adalah untuk menyelamatkan golongan muda.  Tidak ada kolej komuniti yang membuka ruang seluas-luasanya untuk remaja drop out, dari bidang pendidikan lalu dilatih  menjadi profesional.


SIC mengorak langkah dalam membantu remaja yang mempunyai minat dalam bidang kulinari walaupun berbekalkan sijil PMR atau SPM.  Syabas!








Kini, SIC berjaya menarik minat hampir 70 pelajar untuk mengikuti kelas yang disusun. “Saya menubuhkan kolej ini bersama dua lagi rakan kongsi. Kami turut menyediakan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).


“SIC menawarkan pelbagai kursus seperti kulinari, pastri, bakeri serta penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, kami turut memberikan nilai tambahan seperti kursus keusahawanan dan aktiviti lain seperti penggambaran televisyen serta majalah,” kata chef  yang gemar menonton wang di masa terlaung.

"Bukan sebarang kolej, SIC mendapat pengiktirafan daripada universiti luar negara, University of West London dan Universiti Johnson & Wales. Ia juga turut diiktiraf di Jabatan Pembangunan dan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pengambilan sesi Julai akan dibuka tidak lama lagi. Sebarang maklumat boleh layari laman web www.silverspoon.my,” katanya.






Empayar profesor chef Zam turut disokong oleh syarikat penaja, antaranya dilantik sebagai duta barangan elektrik, Philips, tahun ini adalah tahun ke lima Chef Zam diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab itu sebagai jurucakap atau ikon . Selain itu, Chef Zam juga turut menerima tawaran untuk memperkenalkan produk minyak zaitun, Colavita, dan pasta jenama, Barilla. Selain itu, dia juga memasarkan produk jenama sendiri,  myChef.


Bercerita mengenai pembabitannya dalam bidang masakan, Chef Zam akui bukan senang berada di tahap sekarang. Katanya, kesukaran yang dihadapi suatu ketika dahulu adalah penguat semangat demi mengejar kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Apabila tamat persekolahan, saya diterima ke Universiti Teknologi Mara untuk mengikuti Diploma in Chef Training pada tahun 1990. Tamat pengajian pada 1993, saya bekerja sementara di hotel. Impian saya baru bermula. Pada tahun 1995, saya dapat biasiswa daripada Mara untuk sambung pengajian peringkat Ijazah di Amerika Syarikat,” imbas, Zamzani Abdul Wahab, lebih dikenali sebagai Chef Zam antara senarai chef selebriti antarabangsa berasal dari Malaysia.


Dia pernah menjadi ketua chef di sebuah restoran di New York. Pada tahun 1997, Chef Zam membuat  keputusan untuk kembali ke tanah air kerana merindui ibunya setelah tiga tahun berpisah.


Foto: The Star


“Sebelum balik, saya menghubungi beberapa tempat di Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan. Alhamdulillah, saya diterima bekerja di  sebuah Kolej kulnari di  Damansara Utama. Ibu saya seorang ibu tunggal, jadi saya membawa dia untuk tinggal bersama saya di Petaling Jaya”.


"Ketika itu, saya hanya menyewa bilik  kecil kerana tidak mampu mendapatkan rumah sewa. Selama dua tahun, saya pergi kerja dengan teksi kerana tidak mampu beli kereta ketika itu. Dua tahun kemudian, barulah mampu beli kereta, itupun hanya kereta terpakai,” jelas chef Zam.


Bintangnya sebagai `Hero Dapur’ mula bersinar selepas bakatnya mula dilihat menerusi rancangan televisyen dengan mengendalikan program  masakan termasuk rancangan khas raya, Raya Rantau dan Cit Cat Raya pada 2001. Nama chef Zam mula meniti kejayaan.  


“Alhamdulilah... Pada tahun 2003, saya berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana di University of West London dan dapat biasiswa daripada universiti itu. Saya berada dalam situasi kesempitan kewangan dan terpaksa bekerja sambilan untuk mempromosikan jenama makanan segera, Brahim’s di sana. Dari situ, saya mengenali ramai orang dan mula menjalinkan perkenalan,” katanya lagi.


Kejayaan paling manis dan berharga yang berada dalam genggamannya adalah di saat dia ditauliahkan sebagai profesor dari Universiti of West London! Segala keperitan yang dilalui telah membuahkan hasil yang membanggakan. Satu pencapaian luar biasa. Kini, lengkaplah namanya, Profesor Chef Zam!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2017 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjang naw. Sorry malas nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:49 AM | Show all posts
kak nita ke dgn chef zam tu...koserr hakak!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 12:00 PM | Show all posts
makanan apa tu makanan s*al...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Uni of West London? Mcm bunyi diploma mill je.

Yg baju bunga2 tu boyfriend dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 02:28 PM | Show all posts
aldilla_zahraa replied at 7-3-2017 02:01 PM
Uni of West London? Mcm bunyi diploma mill je.

Yg baju bunga2 tu boyfriend dia ke?

Apalah hang ni. Tu kan richie rachman, penulis tamu Cari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2017 02:43 PM | Show all posts
Panjang nau artikel, malas nenek nak cari makanan apa yang macam s**l tu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 02:51 PM | Show all posts
artikel ni iklan berbayar SIC ke....atau biografi chef zam
koser aku nak baca habis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2017 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
iols x suka dengar dia bercakap
trying hard to be like chef wan sangat masa memula dia kuar tv
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 03:23 PM | Show all posts
gaji chef2 ni selalu berapa ye? kata jd ketua chef kt US pehtu motip balik msia x mmpu beli kereta kena tggu smpai 2 tahun itupn kereta 2nd hand.. hotel 3 star punya chef bawahan pn gaji basic RM1.8k skrg ni... ketua chef kt US lagi lah byak iols rse
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Chef ni ke yg kate mknn mcm siyal tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kibodwatriuh replied at 7-3-2017 06:28 AM
Apalah hang ni. Tu kan richie rachman, penulis tamu Cari.

Ooo maaf tak kenal  
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 04:31 PM | Show all posts
laksmanabentan replied at 7-3-2017 12:00 PM
makanan apa tu makanan s*al...

ntah...pjg beno citanya

tak sentuh pun cita makanan s*al....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 04:59 PM | Show all posts
Cerita ini mengenai apa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
So apa gosipnya disini?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
admin999 replied at 7-3-2017 10:36 AM
Salam buat semua!


ASSALAM NAK...SYA DAN CUCU CUCU SUMUA MINAT PADA AWAK.SYA ADA SIKIT PERMINTAAN LAH.HARAP PIHAK AWAK KONGSI LAH GAMBA GAMBA NORA DANISH,PUTRERI YASMIN DAN JUGA CHO YANG HEBAT BERGAYA.GAMBA GAMBA SEMASA NORA DANISH CILIK MUSTI CUMIL.SYA NIH  KEPINGIN LAH NAK NENGOK GAMBA GAMBA NORA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2017 07:39 PM | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 7-3-2017 07:17 PM
ASSALAM NAK...SYA DAN CUCU CUCU SUMUA MINAT PADA AWAK.SYA ADA SIKIT PERMINTAAN LAH.HARAP PIHAK AWA ...

nenek baru bangun? jom kelabing.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Peningnya baca penulisan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mommymonster82 at 7-3-2017 07:51 PM

Owh..bro richie menulis rupanya..panjang sgt bro... seeloknya janganla panjang sgt.. maaf ni bukn kolum majalah...

So maybe boleh ubah skit gaya penulisan supaya lebih santai...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 08:15 PM | Show all posts
Ya amporn statement sial tu sikit je tapi artikel byk input yang tak perlu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.255808 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list