View: 4254|Reply: 19
|
Bagaimana Nak Pujuk Anak Guna Car Seat Tanpa Menangis, Kena Amalkan 3 Tips Ini
[Copy link]
|
|
Bila bercakap tentang keselamatan anak-anak, memang terlalu banyak skop yang boleh dibicarakan. Namun, anda sebagai ibu bapa boleh mula mengaplikasikan melalui penggunaan kerusi khas untuk si kecil ketika membawa mereka menaiki kereta.
Penggunaan carseat untuk anak-anak ini sebenarnya sangat penting kerana ia boleh mengelakkan perkara tak diingini berlaku.
Paling menakutkan dengan kes anak kecil tercampak keluar bila terjadinya kemalangan. Mohon dan berdoa selalu agar dijauhkan.
Yang menjadi masalahnya, bukan semua anak kecil mahu dan mudah diletakkan di kerusi khas ini. Mulalah merengek, menangis dan sebagainya.
Seorang netizen bernama Khairul Abdullah berkongsi 8 tips yang boleh diikuti bagi melentur anak kecil menggunakan carseat khas untuk mereka.
Moga jadi panduan berguna untuk ibu bapa di luar sana.
1. Berikan yang terbaik
Berikan anak carseat yang paling sesuai dan selesa buat mereka. Kita pun hendak duduk di kerusi empuk dan sedap untuk balik kampung maka mereka pun sama. Kalau beli yang murah tu dan rasa tak cukup empuk maka buatlah kusyen atau pelapik lain agar lebih selesa. Untuk carseat yang ada "3 point harness" ok, kalau booster seat jangan lapik sebarangan. Kalau mampu, belikan yang terbaik. Paling penting beli yang sesuai dengan umur anak.
2. Mulakan dari kecil
Seeloknya, keluar dari hospital terus masukkan dalam carseat. Jangan didukung atau diriba oleh ibu di tempat duduk hadapan. Lagi awal didedahkan dengan carseat ni maka lebih mudah.
Setiap kali hendak menyusu maka berhenti dan keluarkan baby. Dah selesai masukkan balik dan teruskan perjalanan.
Foto: Carian Internet
3. Biasakan
Kemudian biasakan mereka dengan carseat tersebut. Biar ada rasa "ownership". Keluar kereta angkut carseat bawa ke dalam rumah, bila dia tengok tv ke layan youtube ke, membaca ke, suruh dia duduk kat dalam tu. Biar dia betul rasa selesa dan seronok di dalamnya. Biar dia hidup dengan carseat dia tu. Takpun waktu beli terus bawak ke dalam rumah biar dia biasakan diri duduk dan bermain dengan seat tu lalu tak berasa takut atau pelik dan kekok.
Biar dia rasa carseat tu dia punya. Lekat nama dia, lekat sticker watak atau karakter kegemarannya. Biar dia bergaduh dengan adik atau abang dia mempertahankan carseat dia.
Begitulah antara 3 tips yang sangat berguna, boleh diamalkan oleh ibu bapa di luar sana. Nak tahu tips yang seterusnya bolehlah scroll ke FB tuan empunya badan iaitu Khairul Abdullah. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sikit pun x terpakai kt aku tips tu,
qeyau serupa tu gak dr no 1 - no 3
|
|
|
|
|
|
|
|
anak akak bagi lagu didi n friends baru sudi duduk kerusi baby.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagos2. budak2 ni manja nau nak duk atas riba |
|
|
|
|
|
|
|
Itula jgn manjakan sgt anak atas riba....xpelah ni kan utk.keselamatan.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun train anak letak dalam car seat sejak lahir lagi
biasanya memang dia akan tidur
tapi dgn syarat letak seat kat belakang
kalau letak kat sebelah
meroyan nak turun
nak pegang itu ini |
|
|
|
|
|
|
|
biasa tak biasa, kena biasakan jugak la ya |
|
|
|
|
|
|
|
no 3, tu ipar selalu buat..
anak kne rujuk sbb tulang blkg bengkok.. kesilapan sbb kerap budak tu dlm tu kerap sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Kasi sleeping pills for kids/ baby.....
Settle |
|
|
|
|
|
|
|
Betul-betul...
Saya memang biasakan dua2 anak saya duduk car seat since diorang baby lagi.
Mula-mula memang menjerit la. Tapi kena tebalkan telinga. Sebab kalau kejap-kejap nangis, kita angkat, diorang dah tau la trick macam mana nak lepaskan diri lepas ni.
sekarang anak first saya dah 6 tahun, masih lagi duduk dalam car seat bila travel jauh.
Safety first... |
|
|
|
|
|
|
|
does anyone pernah beli barang di http://www.motherhood.com.my/ ? looking for the best and cheap baby stuff. tak tahu yang okay. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu anak x mau duk dlm car seat gak....
sekali tu brake anak dah terantuk kt dashboard sampai berdarah2....
bawak anak g jjj, suh dia pilih seat mana yg dia berkenan....
Alhamdulillah la, depa mau duduk.....
lagi satu amik seat yang buckle dia ble masuk asing2 kiri n kanan.....
senang nk paksa masuk walau dah start nangis.... |
|
|
|
|
|
|
|
anak umur 1 & 2, dedua sekarang elok duduk dlm carseat. yang no 3 ni, mcm2 cara nak bagi duduk dlm car seat. Kalo dia tdo, mg letak dlm car seat. Tapi time tak tidor tu, mula2 xnak duduk. |
|
|
|
|
|
|
|
anak umur 1tahun 4 bulan,menangis2 x nak duduk car seat. Sejak arwah suami meninggal susah sikit nak drive jauh-jauh. Sebab sebelum ni x pernah drive jauh, arwah suami je drive.. anak dah biasa dudk ngan kita sebab menyusu badan. Ada tips lain ke? sebab kalau ada kita, memang dia x nak botol susu, duduk car seat sekejap je, pastu dah mengamuk nak duduk ngan kita. |
|
|
|
|
|
|
|
anala99 replied at 2-8-2017 12:41 PM
anak umur 1tahun 4 bulan,menangis2 x nak duduk car seat. Sejak arwah suami meninggal susah sikit nak ...
Moga tabah sis.Saya doakan sis n anak2 baik2 .Apa kata beli mainan gantung atau bagi dia buku or apa2 mainan yg dia suka .mana tau dia leka main.or psg lagu kanak2 |
|
|
|
|
|
|
|
RE: Bagaimana Nak Pujuk Anak Guna Car Seat Tanpa Menangis, Kena Amalkan 3 Tips I
takde anak yang suka duduk carseat dalam kereta sebab itu melawan ftrah semulajadi dia yang suka bebas dan main. Kita yang kena tegas. Kalau masih menyusu badan, susukan sampai kenyang sebelum mulakan perjalanan jauh. Anak2 yg kenyang akan mudah tertidur dalam carseat berbanding yg lapar. Pastikan kedudukan carseat selesa, terlindung dari sinar panas matahari contohnya.
Kalau anak menangis sampai keluar anak tekak pun jangan mengalah. Untuk perjalanan jauh, berhenti setiap 2 jam supaya anak2 boleh bebas berlari di playground atau mana 2 tempat rehat. Anak akan ambil clue dari kita, kalau dia teriak sikit kita dah mengalah, dia tau itulah caranya.
Akak ada 5 anak dah besar, masa baby semua dalam carseat. Sekarang buat tour, dimana semua baby dan kanak2 kecik kena duduk carseat. Selagi parents tak seat beltkan anak masing2, kami tak bergerak. Penghalang terbesar untuk anak duduk carseat bukan kanak2 tu sendiri, tp mak ayah yang mudah kasihan dan mengalah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Manja sangat Anak hang tuh...kasi muka sangat hang kat dia...
Seingat manak..at that tender age...manak Dah sendirik tak perlu diingatkan...masuk keta jerk....car seat Kan didik sendirik...Tak payah being reminded pung....
sejuk peyut Ibu Yang ngandungkan manak kan????
|
|
|
|
|
|
|
|
Altenatively, you may want to consider lagu Aiman tino???
|
|
|
|
|
|
|
|
anak nak duduk carseat tapi tak nak buckle camnooo... mungkin dia rasa rimas kalau buckle up.. masalahnya kalau tak buckle up xde function la kan duduk carseat tu..adoii la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|