View: 1280|Reply: 2
|
Sampah Termasuk Peralatan Komputer Dilonggok Di Luar Kedutaan Korea Utara
[Copy link]
|
|
Beberapa peralatan komputer merupakan antara barang yang didapati dibuang di luar Kedutaan Korea Utara yang menjadi tumpuan media sejak kes pembunuhan Kim Jong Nam 13 pada Februari lalu.
Tiga komputer riba dan satu CPU itu ditemukan dalam keadaan rosak bersama longgokan sampah lain seperti botol minuman keras, kotak makanan segera dan bekas bunga.
Kesemua barangan itu dipercayai diletakkan di luar premis itu pada awal pagi Ahad, cuma siapa pelakunya tidak dapat dipastikan.
Media tempatan dan luar negara masih berkumpul di luar kedutaan di Bukit Damansara itu dengan beberapa anggota polis dilihat berkawal di kawasan sekitar.
Polis Malaysia percaya dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan pembunuhan Kim Jong-nam masih bersembunyi di dalam kedutaan itu.
Mereka adalah setiausaha kedua Hyon Kwang-song, 44 dan pekerja Air Koryo, Kim Uk-il, 37.- CARI
sumber foto: https://lh3.googleusercontent.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Saja je kot depa nak buang komputer lama. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi tempat longgok sampah |
|
|
|
|
|
|
| |
|