View: 748|Reply: 0
|
Annuar Dakwa Digantung Jawatan Pengerusi Mara Sebab Sokong UEC
[Copy link]
|
|
Tan Sri Annuar Musa mendakwa, sebab utama dirinya digantung jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) adalah kerana beliau menyokong Sijil Peperiksaaan Bersepadu (UEC) yang dikendalikan oleh Sekolah Swasta Cina.
Katanya, beliau digantung bukan sebab berjaya mempengaruhi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.
Sebaliknya tegas Annuar, semua ini disebabkan masalah dalaman UMNO.
“Ada orang dalam parti yang ‘tidak selesa’ dengan tindakan saya menyokong kerajaan mengiktiraf UEC dan berpendirian terbuka terhadap banyak isu, termasuk menyokong UniKL mengambil lepasan UEC."
“Mereka menggunakan alasan itu untuk menjatuhkan saya, supaya saya keluar dari arena politik. Hari ini saya mahu beritahu anda suara hati saya.”
Mengulas lanjut Annuar berkata, ini bukan perkara biasa atau disebabkan Lembaga Pengarah Mara mengadakan mesyuarat untuk siasat saya menggunakan sumber dalaman bagi menaja pasukan bola sepak Kelatan.
Annuar digantung jawatan sebagai pengerusi Mara dan Pelaburan Mara Bhd (PMB) selepas mesyuarat khas Ahli Majlis Mara pada 31 Januari lalu.- CARI
sumber foto: http://schooladvisor.my/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|