CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2078|Reply: 7

"Anak Saya Trauma" - Penculik Umpan Budak Sekolah Dengan Gula-gula

[Copy link]
Post time 16-3-2017 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Berderau darah seorang wanita apabila menerima perkhabaran bahawa anaknya nyaris menjadi mangsa culik, semalam. Kejadian berlaku di Jalan Seri Putra, Bangi kira-kira jam 6.30 petang apabila anaknya, Feiyaz pulang dari sekolah.




Foto: The Reporter / Google Street




Menurut Faraliza Khalid, anaknya ternampak sebuah kereta Proton berwarna hitam dipandu seorang individu berbangsa Melayu dan berkulit gelap menawarkan gula-gula kepadanya.


"Tapi Feiyaz geleng kepala. Orang itu terus keluarkan pisau lipat dan buka lipatan pisau sambil tersenyum pada Feiyaz menyebabkan anak saya berlari sekuat hati," tulisnya.


Sebaik tiba di rumah pengasuhnya, Feiyaz sambil menangis-nangis menceritakan kejadian itu.


"Sekarang dia masih trauma, dahlah esok dia akan menghadapi ujian peperiksaan," katanya.








Faraliza juga dinasihatkan pengerusi taman perumahan untuk membuat laporan polis.

"Laporan polis sudah dibuat dan mereka bagi nombor untuk dihubungi sekiranya berlaku kes mencurigakan. Polis terus hubungi polis rondaan untuk periksa CCTV bagi membantu siasatan," katanya.


Menurut saksi, terdapat sebuah kereta proton berwarna hitam mundar-mandir di kawasan taman berkenaan.


Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyuarakan kebimbangan mereka berhubung keselamatan anak-anak.


"Ya Allah, berderau darah baca. Banyak orang gila kat luar tu," komen netizen.





Foto: FB Faraliza Khalid




Aktiviti jenayah hari ini semakin berleluasa tak kira waktu dan tempat. Sampai bilakah kes jenayah di negara kita akan terus menghantui diri? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 02:39 PM | Show all posts
lama ak ambik masa nk baca nama anak dia.. duh.. knepalah suka buh nama anak belit2 nk baca.

Feiyaz. eja je la Fiyaz kan senang tu. atau Feyaz.

ini nk letak "I" dan "E" sekaligus.

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
serius kering rasanya darah bila baca n tau apa2 kes culik budak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Geramnya aku manusia mcm ni..dapat belasah smpai cacat!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 03:22 PM | Show all posts
apa hasil siasatan dari cctv?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 04:29 PM | Show all posts
Parents di luar sana sila take note!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2017 06:45 PM | Show all posts
asek guna gula2 je. offer la iphone ke ape. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
siskepoh replied at 16-3-2017 06:45 PM
asek guna gula2 je. offer la iphone ke ape. huhu

Penculik sengkek sis. Sebab tu nk kidnap budak2 nk jual bikin duit beli Iphone
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.043248 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list