CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1316|Reply: 8

Penganalisis: Ujian Roket Korea Utara Selindung Pelancaran Peluru Berpandu

[Copy link]
Post time 19-3-2017 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyifatkan kejayaan ujian enjin roket terbaharunya yang lebih berkuasa sebagai satu kelahiran baru industri roket negara itu.


Agensi berita tempatan, KCNA melaporkan, Jong-Un sendiri telah memantau ujian roket berkenaan yang mungkin digunakan untuk melancarkan satelit di orbit.

"embangunan enjin baharu akan membantu mengukuhkan asas teknologi dan kajian saintifik, sekali gus menyamai keupayaan penghantaran satelit ke angkasa seperti dilakukan negara lain.

"Jong-un menyifatkan kejayaan itu merupakan detik penting dan mengisytiharkan kelahiran baharu industri roket jenis Juche," jelas laporan berkenaan.


Foto:KCNA


Ujian roket itu dilaksanakan ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson mengadakan lawatan ke Beijing pada Sabtu ketika wakil Barat tersebut menyatakan ketegangan di rantau Asia mencapai tahap berbahaya.


Namun, para penganalisis mendakwa Pyongyang hanya berselindung di sebalik program angkasa memandangkan enjin roket berkenaan boleh digunakan untuk melancarkan peluru berpandu. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2017 11:21 AM | Show all posts
NK yg mengalami sekatan ekonomi / miskin tu pon boleh buat & lancar roket sndiri, Malaysia yg kayaaaaaa ni.....
heh
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ctaz at 19-3-2017 11:24 AM

Malaysia ada brim...nk ada.....heheeheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ctaz at 19-3-2017 11:25 AM

Post 2x....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat Malaysia kerajaan nak bina rumah murah pun dibangkangnya dek DAP cina
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 12:15 PM | Show all posts
selagi rasuah ada jangankan enjin roket, enjin jet pun boleh hilang.. inikan enjin mesin rumput

teringat zaman PPSMI english in math and sains..  cikgu dpt notebook seberat beras kampit.. dengar cerita harga tak di audit.. wallahuallam..

ada cerita market harga sebatang RM 40..

rasuah musuh negara.. selagi tak di hapuskan rakyat menderita... wish good luck everybody..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2017 01:32 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-3-2017 12:15 PM
selagi rasuah ada jangankan enjin roket, enjin jet pun boleh hilang.. inikan enjin mesin rumpu ...

masa nak beli keta kebal pt-91m dulu sibuk dok sebut2 "pemindahan teknologi".
habuk pun xde.


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
acik2 kepam kompom purcaya berita media nk nih haha ade report sblm ni sebut success rate 20% jah.... stakat propa jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sandal replied at 19-3-2017 03:21 AM
NK yg mengalami sekatan ekonomi / miskin tu pon boleh buat & lancar roket sndiri, Malaysia yg kayaaa ...

NK negara miskinn.apa pun xde.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.055306 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list