CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9902|Reply: 120

[Tempatan] Kajian: 70% graduan memilih kereta import berbanding kereta nasional

[Copy link]
Post time 21-3-2017 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by LaksamanaBentan at 21-3-2017 02:56 PM

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa, menerusi statistik yang diperoleh melalui kajian terperinci pihaknya, sebanyak 70% graduan universiti tempatan yang menamatkan pengajian memilih membeli jenama luar berbanding kereta nasional.

Perkara ini dinyatakan Rashid dalam laporan Harian Metro ketika majlis penyerahan kereta Proton Suprima S kepada Kelab Automotif dan Sukan Bermotor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Arau, Perlis, baru-baru ini.

Menurut Abdul Rashid lagi, graduan yang memilih kereta jenama import tersebut mengganggap Proton tidak setanding dengan jenama pilihan mereka, walhal tidak sampai 10% daripada mereka tidak berpengalaman memandu sendiri kereta-kereta keluaran Proton.



“Kira-kira 70 peratus graduan memilih memakai kereta luar negara kerana beranggapan kereta nasional tidak setanding jenama luar meskipun tidak berpengalaman memandu kereta nasional,” katanya. “Malah, sebahagian graduan universiti yang membuat perbandingan antara kereta nasional dengan jenama mewah dari luar adalah tidak adil.”

CEO Proton Edar berkenaan turut menjelaskan, jenama syarikatnya itu merupakan antara 14 syarikat pembuat kereta di dunia yang masih mampu kekal dalam industri automotif sementara banyak syarikat besar negara lain sudah diisytihar muflis.

“Menjadi satu daripada 14 syarikat yang mampu menghasilkan kereta di peringkat antarabangsa bukanlah perkara mudah. Banyak syarikat utama dunia terpaksa menutup perusahaan dan untuk bertahan dalam industri ini adalah sukar terutama dalam keadaan ekonomi tidak stabil kini,” jelasnya.

https://paultan.org/2017/03/21/7 ... on-ceo-proton-edar/

BBNU: kami hanya layan Honda Civic, Honda City dan Toyota Vios. Saga dan Persona low class.  Jijik yew

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 02:47 PM | Show all posts
aku pakai kereta nasional sbb tu je mampu hahaha OTL
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:49 PM | Show all posts
jangan cakap graduan...cakap 70% rakyat malaysia memilih kereta import dari kereta national...rasanya itu kenyataan...

bagi saya kereta national skg amat setanding kereta import dalam kelasnya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:51 PM | Show all posts
rasanye rata2 manusia kt bumi msia ni nak merasa beli kete import kot..kalau survey btl la tu..sbb teringin untuk memiliki

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
yg br keje gomen mesti pileh Honda. hujung Bulan makan megi
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilih yg murah jerr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar papa asal bergaya kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:02 PM | Show all posts
Pajeri_Nenas replied at 21-3-2017 02:57 PM
yg br keje gomen mesti pileh Honda. hujung Bulan makan megi

setuju sgt chuols... yg keje gaji hari dgn gomen pun gigih nk beli honda dgn andaian takpa lama lama kene serap masuk gomen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 03:03 PM | Show all posts
beli je lah kereta apa saja.. asalkan magi kerat 4 mengenyangkan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:04 PM | Show all posts
xdpt honda civic...honda jazz pun jadile
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:05 PM | Show all posts
bukan ka china atau french tgh nak ambil alih proton nti
kira proton pun nama antarabangsa gak lerrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:05 PM | Show all posts
Jadi, selama ni Perodua kategori keta import la ye.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:07 PM | Show all posts
diorg rasa mampu bayor. biarlah. so apa strategi proton nanti ye?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:08 PM | Show all posts
Pajeri_Nenas replied at 21-3-2017 02:57 PM
yg br keje gomen mesti pileh Honda. hujung Bulan makan megi

Gred 41 ke atas....

Yang bawah 41 beli second hand jah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:10 PM | Show all posts
Kalo berkemampuan pkai la kete apa pun asalkn jgn asyik2 nk pinjam duit sbb xcukup nk mkn..pkai kereta proton pun tp modified dh mcm kete sarkis sampai habis beribu2 pun xguna jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:21 PM | Show all posts
kat office akak nih, staff gred N11 pun gigih pakai Honda Jazz, walaupun sempit di mata iols..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta Malaysia bentuk amat mengecewakan.. depan da cantik, belakang buruk mcm nak cepat habiskan design.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:28 PM | Show all posts
klu kualiti proton setanding kereta import, mesti ramai pilih proton..
kenapa antara proton dan perodua, proton masih kalah?
orang beli kereta untuk guna dan tahan untuk jangkamasa lama..
berapa ramai je mampu tukar kereta setahun or dua tahun sekali?
sebab tu la mereka pilih yang mereka rasa boleh tahan lama dan value untuk loan bertahun tu..
biar pun hakikat mereka memang tak mampu pun untuk berkereta
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:39 PM | Show all posts
bukan apa. time2 belajar dulu dah muak (or mungkin serik) guna kereta nasional.. kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:44 PM | Show all posts
ader yg suka mengutuk kereta tempatan ni
macam mereka ni akan disambut dengan
karpet merah bila pergi ke negara
yang membuat kereta import tu...

Bangsa tu pun tak heran ngan  org malaysia
yang suka kutuk kereta tempatan tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.087894 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list