Sejak akhir-akhir ini, pelbagai musibah melanda negara antaranya seperti krisis pencerobohan di Lahad Datu pada 2013 yang mengorbankan ramai anggota keselamatan.
Pada 2014 pula, tragedi kehilangan pesawat penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang tiba-tiba hilang dari radar telah mengejutkan negara dan juga menjadi perhatian dunia. Kes yang dianggap misteri ini masih menjadi tanda tanya hingga ke hari ini.
Belum pun reda kesedihan rakyat Malaysia dengan kehilangan pesawat MH370, sekali lagi Malaysia menerima berita mengejutkan apabila pesawat MH317 pula ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Kesemua 283 penumpang dan 15 kru di dalam pesawat Boeing 777 itu terbunuh dalam tragedi terbabit.
Terbaru, krisis tegang antara Korea Utara dan Malaysia pula menimbulkan rasa kebimbangan dikalangan rakyat Malaysia.
Disebabkan itu, ada sesetengah rakyat Malaysia mula memperlekehkan kehebatan dan keupayaan Angkata Tentera Malaysia dalam menangani soal keselamatan negara.
Sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 yang sedang berlangsung di Langkawi, seorang pengguna media sosial, Kamarul Azizi memuat naik video aksi aerobatik luar biasa pesawat Sukhoi SU-30MKM milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Dalam kasyennya, Kamarul Azizi cuba memberi mesej kepada rakyat Malaysia yang suka berpolitik tak tentu masa dan sentiasa merendah-rendahkan kebolehan yang ada pada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Semoga mesej yang disampaikan oleh saudara Kamarul Azizi dapat memberi kesedaran kepada sesetengah rakyat Malaysia yang masih kurang semangat patriotisme. - CARI
Pilot Su-30SM Russian Knight melihat penerbangan aerobatic oleh Su-30MKM TUDM.
Tahniah kepada TUDM kerana mempamerkan aksi yang cemerlang.
Tapi susah juga nak nilai pujian Russian tu. Sebab yang tanya tu orang Malaysia. Takkan dia nak kata pilot Malaysia tak pandai. Silap-silap terus kena hantar balik.
malaysia kalau perang ala gerila, boleh menang (quote dari tentera sendiri).
kalau nak perang one on one secara konvensional guna aset yg ada,
sama ada suka atau tak, secara logiknya,
memang jauh beza dari korea utara yg dah developed nuclear weapon,
n ada intercontinental ballistic missile.
ini bukan soal patriotik ke tak.
tengok cara handle krisis macam pencerobohan lanun sulu,
pun dah nampak kerajaan yg ada ni lemah cangok.
krisis dengan korea utara, kerajaan istihar persona non grata dgn diplomat korea.
time masih ada rakyat malaysia kat sana. sekarang kena ban dari keluar.
rakyat malaysia dah lali dengan "tindakan bijak" gomen sekarang dalam urusan dalam n luar negara.
Post time 24-3-2017 07:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by system_failure at 24-3-2017 07:51 PM
dgr2nya jibby nk beli rafale menggantikan sukhoi..
bukan nk kutuk teknologi perancis, tp tgk pd rekabentuk je pun dah tahu sayap rafale tak aerodinamik sepertimana sukhoi.
pesawat tu maybe pantas tapi tak mampu buat gerakan manuever segiler sukhoi.
sayap rafale mirip seperti concorde.. dari segi avionik mmg tak dinafikan, tapi andaikata nk berpusing 180darjah dlm beberapa saat je boleh ke??
Dia kena berpusing satu bulatan jauh baru pesawat boleh dihalakan kearah selatan semula..
Berbeza dgn sukhoi..
dlm 2 saat je body boleh berputar ke belakang in case nk mengejar pesawat musuh ala dog fight combat.
Satu lg, dia punya stabilizer cuma ade 1 je. Berbeza dgn sukhoi ada 2. So budak kecik pun boleh tahu yg mana satu lg efektif berputar kiri kanan..
And lastly, su30mkm dan su30mki punyai sejarah cemerlang menewaskan pesawat termaju amerika F22 raptor..
Post time 25-3-2017 03:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
capiloton replied at 24-3-2017 01:03 AM
malaysia kalau perang ala gerila, boleh menang (quote dari tentera sendiri).
kalau nak perang one o ...
Serious active military personnel sekitar 130 000 org je? Active tu maksud nya bkn yg newly recruit ramai2 kt pusasda tu kan? Maaf soalan noob. Sbb tgk mcm ramai je askar malaya. Siap hntr berbakti kt ngra org sbg tentera pengaman