View: 3481|Reply: 23
|
[Tempatan]
10 tahun kami memburu buaya ini, akhirnya berjaya ditangkap.
[Copy link]
|
|
Shamsul Munir Safini
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x632. |
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama APM dan orang ramai bersama buaya tembaga yang berjaya ditangkap di Tanjung Batu Sungai Sembilang, Juru, Bukit Mertajam. FOTO Ihsan Pembaca
Juru: “10 tahun kami cari dia (buaya), baru hari ini kami jumpa,” kata Mohd Hasani Dain, 34, penduduk Kampung Tanjung Batu, di sini, selepas berjaya menangkap seekor buaya tembaga sepanjang lima meter di Sungai Sembilang, di sini, tadi.
Katanya, penduduk kampung sering terserempak dengan buaya itu sejak 10 tahun lalu dan sudah beberapa kali cuba menangkapnya namun reptilia itu berjaya melarikan diri.
Katanya, di kawasan berkenaan terdapat lebih kurang empat sehingga lima ekor buaya spesis sama dan yang ditangkap hari ini adalah salah seekor daripadanya.
“Buaya ini tidak mengganggu orang kampung dan hanya makan monyet serta hidupan liar di kawasan paya bakau di sini.
“Namun bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini ia terpaksa ditangkap dan diserahkan kepada pihak berkenaan,” katanya.
Dalam kejadian itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada jam 10.15 sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Jurucakap APM berkata, pihaknya dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta beberapa agensi lain berjaya menangkap buaya berkenaan sebelum diangkat menggunakan jengkaut.
Beliau berkata, buaya berkenaan berjaya dipindahkan jam 2 petang tadi sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhilitan dan operasi selesai jam 3 petang.
Quote:
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x597. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x540. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x960. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x960. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x658. |
|
http://www.hmetro.com.my/node/215720
|
|
|
|
|
|
|
|
muka masing2 kemain @kebangga lagi
kurus buayanya... tak ckup mkn |
|
|
|
|
|
|
|
xmengganggu tp kene tangkap, ish xpaham |
|
|
|
|
|
|
|
Adekah mereka menyasarkan sifar buaya di sungai2 ? |
|
|
|
|
|
|
|
felinecat replied at 23-3-2017 05:28 PM
xmengganggu tp kene tangkap, ish xpaham
Sebenarnya manusia tu yg dh menganggu habitat buaya tu..jadiknya kne laa dipindahkan..kesiann |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain ko dik.sekali buaya libas ekor tercabut kasut but ko tu |
|
|
|
|
|
|
|
Buaya tak menggangu tapi ditangkap.baguslah buaya tu makan monyet.tak la monyet mengganggu kebun org kampung. |
|
|
|
|
|
|
|
sebagaimana ada hutan simpan,nant kn ada sungai simpan plk..kesian jgk kt hewan ni..xkacau org pun kena pindah jgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga selepas penangkapan buaya itu, tiada benda mistik yang terjadi kat kampung tu yach. semua eksen bangga kemain.
btw, kau yakin ke tu buaya yg kau cari? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pelik buaya kat semenanjung memang tak makan orang berbanding buaya sarawak... sedangkan spesis sama jer... melainkan tahun 70an dulu dengar cite buaya sungai perak mengganas, ramai yang menjadi korban.. |
|
|
|
|
|
|
|
mgkn ade mitos di kalangan 'rakyat' buaya di Borneo
iaitu makan daging manusia lebih berkhasiat dan panjang umur
|
|
|
|
|
|
|
|
legend cerita boya swak..kisahnya lelaki yg teraniaya bersumpah akan membaham keturuanan yg menghina dia.
tapi..boya sana kalu dari segi habitat dia memang berpotensi ganas sebab faktor sungai yg panjang dan sumber yg terhad utk boya makan..maka manusia antara sumber yg mudah didapati sebab manusia juga menghuni tebingan sungai dan menjadikan sungai sumber kehidupan mereka juga..oleh itu..pertembungan dua spesis hidupan mungkin terjadinya konflik pemangsaan utk survive.
hahaha..apa aku ckp tah
|
|
|
|
|
|
|
|
Buaya ni sakit patutla x melawan langsung bila kena tangkap |
|
|
|
|
|
|
|
dody_farid replied at 24-3-2017 01:17 AM
Yang pelik buaya kat semenanjung memang tak makan orang berbanding buaya sarawak... sedangkan spesis ...
Dulu buaya kat sg perak ganas juga tapi dah kena penampar dgn sorang tu..itu yg diam x kaco orang sampai la ni |
|
|
|
|
|
|
|
cm_matjawasp replied at 24-3-2017 05:29 PM
Dulu buaya kat sg perak ganas juga tapi dah kena penampar dgn sorang tu..itu yg diam x kaco orang ...
Sape yg tampar? |
|
|
|
|
|
|
|
dlu kawan sarawak aku kata,
laluan sungai rajang tu dia selalu jer seberang,
petua utk dielak dimakan buaya katanya,
jgn tangguh niat sebelum semberang sungai,
contohnya ko kata nak makan tapi ko kata sat lagi lah ko g seberang pastu ko kna makan dek buaya.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|