CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3493|Reply: 29

4 Wanita Ditikam Pesakit Mental Dengan Chopstik, 3 Maut Seorang Cedera Parah

[Copy link]
Post time 6-4-2017 04:16 PM | Show all posts |Read mode


Sepertimana yang diketahui kita, kayu penyepit makanan atau chopstik lazimnya digunakan untuk menyepit makanan yang menjadi semakin normal bukan sahaja di kalangan masyarakat di Asia malah kini negara barat turut popular.


Namun demikian, kejadian berikut yang berlaku di China, kayu penyepit itu telah dijadikan senjata pembunuhan.


Dilaporkan, seorang pesakit mental lelaki menikam empat pesakit wanita dengan chopstik di sebuah hospital dan tiga daripada wanita itu meninggal dunia.


China Daily melaporkan tragedi itu menyebabkan hospital berkenaan ditutup bagi siasatan.


Memetik laporan Shanghai Daily, serangan itu berlaku pada 24 Februari lalu di Hospital Luoning Dazhong di Wilayah Henan.


Penyerang dikenal pasti sebagai Yang Shitou diikat pada katil dengan tali dalam ward yang turut menempatkan pesakit lain yang mengalami sakit mental yang teruk.


Rakaman pengawasan yang diperoleh menunjukkan seorang pesakit skizofrenia bernama Yang telah dimasukkan ke wad kerana kecenderungan berbahaya, tapi malangnya berjaya melepaskan diri pada kira-kira 8.28 pagi, sebelum mengambil chopstik di atas meja kopi di wad.


Kira-kira dua minit kemudian, Yang masuk semula ke dalam bilik dan menikam dua wanita secara berturut-turut.


Dua kakitangan perubatan masuk ke dalam bilik kurang daripada satu minit kemudian menahan Yang.


Salah seorang wanita meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital akibat kecederaan, menurut China Daily.


Semua mangsa mengalami kecederaan otak dan dilaporkan Yang telah ditahan polis untuk siasatan.- CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
adoi..mental dan berbahaya..

kesian mangsa x pasal je kena bunoh..


Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:54 PM | Show all posts
agaknya dia tikam tang kepala. Aduhh sadisnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
aduih.. tikam kuat mana la tu sampai bole mati
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:17 PM | Show all posts
Ngerinya. Dah tahu dia sakit mental berat kenapa tak diasingkan dalam bilik lain.  Ni main letak dalam open wad cam tu memang mendapat le
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:37 PM | Show all posts
macam tak caya

dia tgh mmbunuh ke tuh?

naper org lain rilek jah? takkan mangsa tak jerit?

Dahyatnya...mati...gune chopstick je lak tuh...di cucuk2 kat kepala jah ...ngeri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2017 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Die mesti dah tgk cite john wick 2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb tu kakak seopis aku dulu mmang anti/berbulu kalau tgk org gila lalu lalang...dia akan repeat iver n over again kalau si gila tu tetiba dtg gila dan mengila membunuh kau dia akan lepas sbb si gila ada licence to kill...which is terlepas dr pertuduhan sbb gila..kesimpulannya berhati2 dgn org gila..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
menakutkan..di sekeliling aku ada a few org gila..xmerbahaya tp annoying jgk la..sorang tu jns gila menulis.selalu dok menulis dkt kete aku yg berdebu..bila tgur kan marah..runsing klu kang dia mengamuk hempuk kete aku ngan kayu/batu..pnh skali aku tegur dia pi hantuk kepala kat tiang letrik..memalukan aku plk.skrg aku viarkan je.penuh kete aku dgn no 4angka.gila sbb kalah judi dulu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Spital china sesak. Patient yg mati tu entah2 psakit mental jugak kot..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah tahap berbahaya macam tu, apasal tak asingkan dengan pesakit lain? Sia-sia mati ditikam chopstick
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:55 PM | Show all posts
Isk gusar hati akak kalau2 ada pesakit mental diersekitaran akak
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrsLucky at 6-4-2017 08:13 PM

Double post..sorry
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrsLucky at 6-4-2017 08:12 PM

Penyerang dikenal pasti sebagai Yang Shitou diikat pada katil dengan tali dalam ward yang turut menempatkan pesakit lain yang mengalami sakit mental yang teruk.


He di ikat dengan tali tapi terlepas..dan mangsa adalah pesakit mental yang teruk yang sebilik dengannya..


Patut kalau ganas gunakan chain besi dan padlock..bukan tali..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai sunggoh org gile lately
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:37 PM | Show all posts
jiji85 replied at 6-4-2017 06:14 PM
sbb tu kakak seopis aku dulu mmang anti/berbulu kalau tgk org gila lalu lalang...dia akan repeat ive ...

tp kalau dgn james bond..relakan je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cupu replied at 6-4-2017 06:26 PM
menakutkan..di sekeliling aku ada a few org gila..xmerbahaya tp annoying jgk la..sorang tu jns gila  ...

Kalau ko cuci kereta x dpt lah dia menulis
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
selalu tgk kt tv org mental dorang ikat tgn kuat giler meronta pon x bole bukak dari katil
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Naseb baik doktor kuat jgk nk melawan kudrat si gila tu..kalu x dgn doktor sekali kena cucuk. Lenkali dlm wad gila x pyh bagi chopstick lah..suh mkn dgn tangan or sudu plastik je. Garpu pun jgn bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:42 PM | Show all posts
cucuk2 kat mata kot, sampai tembus ke otak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.060396 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list