CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10818|Reply: 98

[Tempatan] Muhammad Khairul Hafiz DIPAKSA berpakaian JURURAWAT sebelum didera seksual &

[Copy link]
Post time 7-4-2017 12:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 7-4-2017 05:52 PM


Mangsa Clothing fetish...

"Saya Diliwat"       
Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 8:35 PM

MELAKA: Pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini mendakwa diliwat ketika mendiami sebuah rumah kebajikan yang menempatkan penghuni di kalangan budak lelaki di Durian Daun di sini.

Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial (Perbak), Muhammad Khairul Hafiz berkata, dia juga dipaksa berpakaian umpama jururawat sebelum didera secara seksual.

Beliau berkata, kejadian melibatkan petugas rumah kebajikan itu berlaku antara 1999 dan 2004.

"Saya tidak malu untuk menyatakan mengenai kejadian diliwat itu, malah tiga yang lain turut menerima nasib sama," katanya dalam temubual di sini, Khamis.

Muhammad Khairul mendakwa, seorang mangsa yang dikenali sebagai Anbarasu kini berubah menjadi pondan dan menetap di Ipoh.

Katanya, berdasarkan pengalaman pahit yang dilaluinya, beliau mahu memperjuangkan hak bekas penghuni dan mereka yang menetap di rumah kebajikan itu.

"Penghuni yang menjadi mangsa terpaksa mendiamkan diri selepas aduan kepada pengurusan rumah kebajikan itu tidak dapat mengambil sebarang tindakan susulan kekurangan bukti, kecuali beberap kes yang mendapat perhatian," katanya.

Menurutnya, selepas lima tahun mengumpul bukti beliau dapat merujuk kejadian itu kepada seseorang yang berkuasa di Putrajaya yang mahu mendengar masalahnya.

Kata Muhammad Khairul, beliau akan membuat laporan polis di Putrajaya pada Jumaat.

Katanya, pengarah Jabatan Kebajikan Melaka, Burhanuddin Bachik telah menunjukkan keprihatinannya terhadap apa yang dilaluinya.

Pada 2012, Muhammad Khairul telah membuat laporan polis mendakwa beberapa pekerja di rumah kebajikan itu terlibat meliwat dan melakukan penderaan seksual terhadap 150 penghuni sejak 2004.

The Star pada 14 Mac melaporkan, dua penghuni rumah kebajikan itu yang berusia 13 dan 16 tahun dimasukkan ke Hospital Melaka selepas dilaporkan diserang warden premis itu.









   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak tul kes seksual di melaka ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 12:28 AM | Show all posts
I baru nak comment serious tapi bila tengok gambar dekat bawah tu terus I tergelak. Bengonglah gambar hiasan.

Pity the victims. Moga ada keadilan yang saksama buat kalian semua.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Melaka lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 7-4-2017 12:32 AM

Kudos untuk abang ni sebab berani bersuara.

Semoga keadilan dapat ditegakkan.

Memang banyak kes abuse di rumah2 kebajikan dan ramai mangsa memilih untuk berdiam diri daripada bersuara kerana malu dan tidak mendapat sokongan orang terdekat seperti pengalaman2 forumners mangsa sexual abuse samada rogol, cabul mahupun liwat (oleh ahli keluarga/kenalan seperti senior di asrama) tidak kira lelaki atau perempuan. Malang sekali kerana predators yang abuse meka hidup aman2 hingga ke saat ini sedangkan meka trauma seumur hidup.

Jadi akak tahu bukan mudah untuk abang ini finally buat keputusan bersuara menuntut pembelaan.

Kudos, lagi sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulanya serius nk marah..tgk gambar rasa nk gelak..sorryyyy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2017 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
X boleh blah btol gambo.....x jadik nak kesian jd tergelak plak
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 12:39 AM | Show all posts
akhirnya @dinopower  bukak mulut. tapi kesihan taw member dia, siang @namirulmukminin , malam jadi sutun anburasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi fetish male nurse gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya budak2 kene liwat... bangsatnya warden! harap mampus kene panah petir
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 01:03 AM | Show all posts
kes nie mngingatkan pd iols movie korea yg tjuknya silenced.. movie nie based on true story.. budak2 oku (pekak dan bisu) dirogol, diliwat oleh pngetua ckgu di sekolah khas tue smpaikn diaorg xdpt pmbelaan.. bila movie nie kuar baru la kes dibuka blik dan si pelaku dikenakn hkuman..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 01:31 AM | Show all posts
takziah lah pada mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannye...btw, mane diorg dpt baju nurse?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Omg. So alarming ye. Generasi sekarang klu dera ragging abuse sampai tahap meliwat?.  Like boys to boys?
Jadi lelaki pun x selamat ye?..  klu dulu dgr cerita cuma basuh kan baju.ketuk ketampi. Tekan tubi only well hmm.walau terdera but jadikan budak2 ni lebih fit and well built fiziknya..
Tp klu melibatkan seksual ni. Hmmm tak boleh nak imajin and fikir.. way too much...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 03:32 AM | Show all posts
kenapa lah nak bgtau dulu sblom membuat laporan dan kes d siasat
Kata Muhammad Khairul, beliau akan membuat laporan polis di Putrajaya pada Jumaat.
tentu-tentu nya pemangsa kalau dah dapat tau awal-awal ..
tentu akan sedaya upaya mengugut yang masih terpaksa menetap dalam rumah kebajikan tu untuk mendiamkan diri


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 03:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti mangsa2 sgr terdera fizikal dan mental.
Semoga pelaku dibawa ke muka pengadilan
Buat liputan besar3an
Bagi hukuman setimpal
Sebagaj amaran kepada pelaku2 yg masih aman2 bersembunyi diluar sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 03:36 AM | Show all posts
Nurse kena injek dengan warden  
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 04:48 AM | Show all posts
babi sangat waden yang buat keje xsenonoh tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 04:49 AM | Show all posts
catalina replied at 7-4-2017 12:21 AM
Banyak tul kes seksual di melaka ni

dulu2 kan, kes dimulai oleh bekas K.Menterinya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya. Macam cerita bertajuk sleepers yang brad pitt blakon zaman dia moda2 dulu.

Power bro brani mati ngaku kena liwat, speak for other victims and nak buat laporan. Smoga justice is with you.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.069725 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list