Bayangkan sahaja ketakutan seorang kanak-kanak apabila menyaksikan kedua orang tua, abang, kakak dan neneknya dibunuh depan mata.
Kejadian yang berlaku di Medan, Indonesia itu menyaksikan pembunuhan lima sekeluarga maut akibat disembelih.
Mangsa selamat cuma Kinara, 4 yang sempat menyorok di bawah katil semasa pembunuhan kejam itu berlaku.
Kinara, Foto: medan.tribunnews.com
Kinara bagaimanapun mengalami kecederaan teruk di bahagian muka, mata dan kepala.
Menurut laporan Tribun Medan, Kinara menyatakan orang terakhir yang datang ke rumah adalah rakan bapanya.
Lokasi kejadian, Foto: medan.tribunnews.com
Setakat ini, polis masih menjalankan penyiasatan bagi mengenal pasti suspek.
Maklumat awal menunjukkan ia merupakan kes rompakan berdasarkan kehilangan beberapa barangan yang berharga. -CARI
Mangsa, Foto: medan.tribunnews.com
|