View: 3178|Reply: 16
|
[Tempatan]
Anak kembar mengadu pada bapa ada ustaz kaki pukul di sekolah tahfiz
[Copy link]
|
|
Hamid Sultan menunjukkan telinga salah seorang anak kembarnya yang koyak akibat ditarik pelajar buli di sebuah sekolah asrama di Setapak.
Hamid Sultan menunjukkan 2 laporan polis yang dibuatnya terhadap pelajar dan guru sekolah asrama di Setapak.
KUALA LUMPUR: Seorang bapa tidak dapat menahan kecewa apabila pasangan anak kembarnya menjadi mangsa buli di sebuah sekolah tahfiz di Setapak, Kuala Lumpur.
Hamid Sultan mendakwa 2 anaknya berusia 9 tahun turut dipukul seorang guru hanya kerana mengadu hal itu kepada bapa mereka.
Katanya mereka berdua mengadu dibuli pelajar lebih tua hanya selepas minggu pertama persekolahan.
Anak mereka pada mulanya mengadu perkara itu kepada pakcik mereka kerana bimbang ayah mereka akan mengesyaki mereka melakukan kesalahan.
Hamid berkata beliau terus melaporkan hal itu kepada 2 guru di madrasah berkenaan.
“Mereka memberi jaminan akan menyiasat dan mengambil tindakan, tetapi tiada apa-apa perubahan,” katanya.
Sehinggalah pada hujung Mac dan awal bulan ini, Hamid mendapati kesan lebam, gigitan dan tanda rotan di badan mereka.
“Mereka beritahu diterajang di muka, dipukul dengan raket badminton dan kayu kriket. Mereka dipukul di kaki lima, diheret ke tandas, dan juga di bilik. Telinga salah seorang ditarik sehingga koyak,” katanya.
Kejutan terbesar tiba pada 15 April lalu, apabila Hamid yang merasa tidak sedap hati melawat anaknya di sekolah.
“Sebaik tiba, mereka meluru ke kereta dan menangis mengadu masih dibuli,” katanya.
“Saya bimbang dengan keselamatan anak-anak saya, tetapi diberi jaminan bahawa pelajar yang bersalah – yang kebanyakannya berusia belasan tahun – akan dibuang. Maka saya bersabar.”
Keesokannya, Hamid menghantar anaknya kembali ke sekolah, tetapi mendapati pelajar membuli itu masih tidak diambil tindakan.
Sebaliknya, mudir sekolah memberitahunya mereka “dalam pemantauan”.
Hamid berkata beliau sekali lagi ke madrasah tersebut.
“Kali ini anak saya menangis berkata dipukul ustaz, yang memarahi mereka kerana mengadu kepada saya.”
Laporan polis
Hamid terus membawa kedua-dua anaknya membuat laporan polis pertama serta mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Ini kes buli – 2 anak saya yang baru berusia 9 tahun dipukul. Guru-guru ini sepatutnya mengambil tindakan segera, bukan mempersoalkan mereka hanya kerana mengadu,” katanya.
Hamid sudah membuat 2 laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju dan Balai Polis Klang, pada 15 dan 16 April lalu.
Beliau berharap dengan membawa perkara itu kepada perhatian polis, perkara sama tidak berlaku kepada pelajar lain.
“Apatah lagi untuk sebuah sekolah tahfiz yang mengajar agama. Kerana ia sekolah tahfiz juga saya memberikan masa untuk pihak pentadbiran menyiasat dan mengambil tindakan.
“Tetapi yang sebaliknya berlaku, keadaan anak saya semakin teruk.”
Laporan polis itu menamakan 9 pelajar terlibat, di samping seorang guru warga India yang memukul anaknya kerana mengadu hal itu.
Dakwaan buli di sekolah tahfiz bukan perkara baru. Media sebelum ini pernah melaporkan isu melibatkan sebuah sekolah tahfiz di Kedah pada Februari 2016 dan kes jenayah seksual di sekolah tahfiz di Perak pada Ogos tahun sama. Pengurusan sekolah bagaimanapun menafikan perkara itu.
Hamid, 42, berkata beliau kini risau menghantar anaknya ke asrama, terutama yang turut dihuni pelajar yang jauh lebih berusia.
Hamid juga membuat laporan kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
“Saya juga sedang berbincang dengan peguam untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Peristiwa ini harus menjadi pengajaran buat madrasah itu serta sekolah-sekolah tahfiz lain,” katanya. |
http://www.freemalaysiatoday.com/cat...erana-mengadu/
|
|
|
|
|
|
|
|
9tahun masih terlalu kecik utk dihantar ke asrama..nak uruskan diri sendiri pun masih tak reti..aishh la..
|
|
|
|
|
|
|
|
sorry to say, aku rasa mana2 sekolah asrama tahfiz pun byk je kejadian mcm ni
anak jiran aku kat tahfiz di perak, pun sama, kena rotan la, cukur rambut la
ke ustaz2 ni mental eh?
paling teruk, budak2 senior yg di letakkan dlm dorm mereka, tak bgn pun eh utk solat subuh. tapi kalau student lain terlajak tido, siap kena rotan lagi sampai berbirat.
mereka ni betul2 psycho |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan budak2 tahfiz ni... ada yg bermasalah.. lalu dihantar ke sekolah tahfiz dengan harapan ustaz2 bole merubah diri mereka. budak2 tu dahla bermasalah.. kena paksa gi tahfiz lak tu.. sebab tu banyak kes buli |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kecik2 mcm tu knp la nk di htr je asrama: |
|
|
|
|
|
|
|
Kes budak nakal dari rumah tapi sumbat ke tahfiz dengan harapan anak berubah.
Eh hello ko x pandai didik anak pastu nak suruh orang lain buat?? Makbapak useless #silameninggal
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin budaya dan cara pembesaran yang berbeza 9 tahun di anggap masih terlalu kecil untuk di hantar ke asrama. Di UK seawal 7 tahun dah di hantar ke boarding school.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Mereka beritahu diterajang di muka, dipukul dengan raket badminton dan kayu kriket. Mereka dipukul di kaki lima, diheret ke tandas, dan juga di bilik. Telinga salah seorang ditarik sehingga koyak,” katanya
budak 9 tahun kalu kena terajang kat muka mesti dah lunyai
mungkin mmg betul ada kejadian buli tapi takut mangsa exaggerate with the hope that the parents will pull them out from the school immediately
mungkin mereka pun dah takde hati nak belajar kat situ & selalu homesick |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 tu dipakse atau rela ati masuk sekolah tu?
biasenye parent2 yg anta anak2 masuk sini..anak xrela pn... |
|
|
|
|
|
|
|
berhentikan jela anak tu dari sekolah tu.. banyak lagi sekolah tahfiz yg ok kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Madel replied at 18-4-2017 01:29 PM
9tahun masih terlalu kecik utk dihantar ke asrama..nak uruskan diri sendiri pun masih tak reti..aish ...
Agree sis. Ai sgt2 x paham fama yg antar anak2 umur gini ke asrama... |
|
|
|
|
|
|
|
kes byk mcm ni buat parents trauma nak tinggal anak kat asrama penuh
takpela sekolah harian biasa, tak bermakna tak leh pandai2 hidup kemudian hari
cuma kurang glam je la anak sekolah harian biasa
seriau gak ni
harapan nak anak hafaz al quran, lain pulak jadinya
|
|
|
|
|
|
|
|
syukur laa pada tohan bukan kena liwat.... apa laa sangat kena buli..... amithaba |
|
|
|
|
|
|
|
Isle gagal merubah insan maahad tahfiz tu menjadi baik dan berhati moliya?? |
|
|
|
|
|
|
|
Brentikan je la ank2 tu dr skolah situ
Cari la skolah tahfiz lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|