CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5689|Reply: 66

[Dunia] Video: Pemandu Wanita Cuba Angkat Kereta Selepas Berkali-kali Gagal Parkir

[Copy link]
Post time 18-4-2017 11:19 PM | Show all posts |Read mode


Tengok puas puas video ni .... https://m.youtube.com/watch?v=aQiqI3JeXk8&feature=youtu.be




CHINA - Apa yang berlaku kepada dua wanita di China ini mungkin satu pengalaman yang sangat kelakar atau juga menyedihkan, kerana mereka mungkin layak menerima anugerah ‘pemandu paling teruk memarkir kereta’.

Insiden lucu yang berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan percubaan dua orang wanita untuk meletakkan kenderaan dalam kawasan petak parkir sehingga membawa kepada usaha untuk mengangkat kereta tersebut.

Menerusi rakaman berdurasi tujuh minit, seorang wanita dipercayai rakan kepada pemandu dilihat keluar dari kereta dan cuba memberi bantuan kepada pemandu wanita itu bagi membolehkan dia memarkir kereta – yang mana di bahagian kiri dan kanan petak parkir kosong itu terdapat dua buah kereta lain.

Wanita itu memberi isyarat kepada pemandu kereta itu seperti mengarahkan pemandu wanita itu membetulkan stering kereta, selain dilihat berkali-kali pemandu itu mengundurkan kenderaannya bagi membetulkan posisi.

Namun, selepas beberapa kali cubaan, usaha pemandu wanita itu masih tidak berhasil apabila dia kelihatan bergelut untuk meletakkan keretanya di kawasan petak parkir.

Seolah sudah putus asa, pemandu wanita itu keluar dari kenderaan, dan mereka berdua memutuskan untuk mengangkat dan menolak kereta tersebut bagi memastikan ia berada dalam petak parkir.

Lebih melucukan, seorang lelaki dipercayai pengawal keselamatan di kawasan berkenaan datang menghampiri kedua wanita itu dan cuba membantu dengan turut sama mengangkat kereta tersebut – tetapi tidak berhasil.

Aksi dramatik tersebut berakhir selepas seorang lelaki muncul lalu memandu kenderaan wanita itu dan meletakkan ia dalam petak parkir.

Di penghujung video itu kelihatan lelaki yang membantu wanita itu sebenarnya pemilik kepada kenderaan yang diparkir bersebelahan dengan kereta wanta berkenaan. Lelaki itu kemudiannya masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi.

Difahamkan, insiden berlaku di bandar Jimo, yang terletak di bandar Shandong di Timur China.


http://www.suara.tv/2017/04/18/video...-gagal-parkir/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2017 11:20 PM | Show all posts
Perempuan drive memang seperti ini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongok nya lahai
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaa sampai nak angkat kereta tuh hahahaa!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur akak xseteruk ni time parking..haha..siap nak gi angkat kereta tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
lol sangat
on a positive note, dia cuba juga usaha sedaya upaya utk masuk petak parking walau dgn cara yg sgt 'outside the box' & menjerihkan
takdelah dia main hentam keromo parking bersepah blok kereta org bila dah tak pandai nak drive masuk parking
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2017 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Driver pompuan sgt berhati2 okeh
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 12:12 AM | Show all posts
kalu keta kiri n kanan rapat sgt atas line lagi senang reverse parking jah. aku pun x confident kalu rapat sgt. tp x penah terpikir lagi nk angkat keta kasi muat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 12:13 AM | Show all posts
hey driver lelaki kete putih pun ngok jugak. parking senget menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 12:22 AM | Show all posts
Edited by ninja boy at 19-4-2017 12:23 AM

selayaknya la lelaki itu alih kereta sbb tayar kereta beliau benar2 berada di garisan putih parking.
van sblh juga parking x ikut kotak. apsal mau parking situ jugak byk parking lain. sepatutnya wanita ini parking separuh ruang ja, bontot terkeluar, biar kereta sblh sedar diri x habis belajar sekolah memandu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu gini elokla pakai kamera 4 penjuru terus
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
. Nasib aku oke je tapi parking mengundur mmg aku fail
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 08:17 AM | Show all posts
last sekali tu tak menahan siap babai lelaki keta sebelah yg tolong parking kan keta dorg tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 08:33 AM | Show all posts



Patutnya ahsoh ni harus belajar dengan Stephen Chow cara parking kereta menggunakan kungfu ye...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 08:34 AM | Show all posts
cadangan saya..reverse parking la amoy..ni mseti lesen terbang
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 08:54 AM | Show all posts
hadoiii..sampai mcm tu skali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payAh pakai kereta bongokkkk..

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 09:06 AM | Show all posts
Macam mana boleh dapat lesen ni? Susah sangat pergi la parking tempat lain
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 09:08 AM | Show all posts
hujung vid gila kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 09:08 AM | Show all posts
Hengkau dah kenapaaa???

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.153596 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list