View: 1417|Reply: 7
|
Nenek Berusia 101 Tahun Rangkul Juara Acara Larian 100 Meter
[Copy link]
|
|
Seorang nenek berusia lebih seratus tahun bukan sahaja mengambil bahagian dalam acara bersukan, malah berjaya menjadi juara dalam acara larian 100 meter.
World Master Games yang sedang berlangsung di Aukland, New Zealand, terdapat seorang warga emas dari India yang berusia 101 tahun yang bernama Man Kaur, walaupun merupakan satu-satu peserta yang berumur 100 tahun ke atas, namun dia tetap bersungguh-sungguh menghabiskan larian 100 meternya dengan catatan masa seminit 14 saat dan menjuarainya.
Memetik laporan CNN, Man Kaur beritahu dirinya rasa sangat seronok dan akan meneruskan amalan berlari, tidak akan berhenti begitu sahaja.
Difahamkan, Man Kaur mula menyertai acara bersukan pada lapan tahun dahulu, sebelum ini tiada langsung asas dalam sukan. Kemudian anaknya yang mencadangkan dia menyertai World Master Games, daripada situ barulah dia mula gemar berlari.
Menurut anak Man Kaur, ibunya kini masih mengekalkan cara pemakanan yang lebih tegas, malah mengekalkan latihan setiap hari.- CARI
sumber : CNN
sumber : CNN
sumber : CNN |
|
|
|
|
|
|
|
Acara utk warga emas.. Ok la. |
|
|
|
|
|
|
|
masa tgh lari tu geng2 paramedik mesti dup dap dup dap..... |
|
|
|
|
|
|
|
amboi nenek lari lagi laju dari aku |
|
|
|
|
|
|
|
Wow yg ni man kaur. Di england ada sorang atok nama fauja singh skrg berumur 108 tahun sehingga 2 tahun lepas tiap2 tahun join london marathon dan marathon lain. Finisher pulak tu. Atok ni dah tak join marathon tahun lepas tp hari2 jalan 5 batu iaitu 8km di kota london. Panjang umur dan sihat2 org punjabi ni ya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|