|
|
Siapa kata wanita bertubuh montel dan tembam tak menarik? Siapa kata hanya wanita cantik menawan seperti artis dengan lengkuk tubuh menggiurkan yang sering menghiasi majalah dan kaca televisyen menjadi dambaan setiap lelaki dan mampu buat anda bahagia?
 Foto: CHATELAINE
Kenyataannya, lelaki lebih menyukai wanita bertubuh gempal dan montok! Wah, macam tak percaya bukan? Tapi kenapa ya?
Memetik portal Your Tango, sebuah kajian mendapati lelaki yang memiliki pasangan bertubuh gempal, mereka 10 kali lebih bahagia berbanding bersama wanita kurus.
Bukan itu sahaja, lelaki lebih banyak tersenyum dan lebih mudah menyelesaikan masalah apabila bersama pasangan yang agak 'chubby'. Comel, bukan?
Foto: SNAXZER
Menurut Dr. Filemon Alvarado dan Dr. Edgardo Morales dari jabatan psikologi di UNAM, lelaki yang memiliki pasangan lebih montok memiliki kosakata lebih luas, malah mampu berkomunikasi dengan lebih baik.
Menerusi kajian itu, wanita kurus lebih cenderung bersikap pasif dan tidak ramah. Nampak macam tiada perasaan saja. Tak tahu bila masa dia marah atau senang dengan sesuatu perkara.
Hasil kajian itu menyimpulkan wanita berisi bersifat 'subur' dan tiada masalah ketika hamil. Ha, maka dengan ini bolehlah anda berangan untuk memiliki zuriat yang ramai!
 Foto: People
Ini kerana, mereka sudah terbiasa membawa 'beban' (berat tubuh) yang berat setiap masa, jadi memang tiada masalah nak bawa kandungan ketika berbadan dua.
Tapi kalau dah jodoh tak kisahlah siapa pasangan kita, bukan? Kerana cantik itu subjektif, jika hati sudah sayang nak kata apa lagi, tak begitu? - CARI |
|