|
Ketika orang lain merungut atau pun resah dengan cuaca panas luar biasa di negara Thailand pada masa ini, namun berbeza pula sekumpulan individu ini yang memanfaatkan suhu tinggi untuk memasak!
Ketika ini, negara Thailand dikatakan sedang mengalami musim panas yang mencatatkan suhu luar biasa. Mungkin bagi sesetengah orang, tak sanggup rasanya.
Namun, sebuah laman memasak yang popular di negara itu yang dikenali sebagai SchwedaKong membuat sesuatu yang di luar kotak fikiran, dalam masa sama mencetuskan kelucuan dan buah mulut di kalangan masyarakat.
Apa yang mereka lakukan ialah mencuba memasak hidangan sebenar menggunakan cuaca panas di negara itu. Caranya, memasukkan makanan mentah itu dalam sebuah kereta yang sengaja diparkir di tengah panas.
Mungkin ia merupakan idea yang boleh dianggap bukan-bukan, namun ternyata masakan tersebut berjaya dihasilkan! Ya, eksperimen tersebut memperlihatkan daging, sayuran dan juga telur dimasak sempurna dan boleh dimakan dengan selamat.
Malah ia nampak begitu menyelerakan! Yummy! Lihat di bawah ini:
Menurut laman berkenaan, mereka membiarkan makanan mentah dalam kuali leper dalam kereta dari jam 1 petang sehingga 4.30 petang. Sudah pasti suhu dalam kereta yang tertutup itu lebih tinggi berbanding di luar dan boleh mencecah sehingga 56 darjah celcius.
Foto: Worldofbuzz
Pun begitu, mereka tinggal menggalakkan orang ramai mencuba resipi tersebut kerana dikuatiri cara memasak tersebut tidak dapat membunuh bakteria walaupun makanan telah dimasak sempurna.
Bagaimana pula dengan situasi di Malaysia? Syukur, negara kita masih tidak sepanas di sana, kan? - CARI |
|