View: 4121|Reply: 17
|
Pelakon Veteran Bollywood Vinod Khanna Meninggal Dunia Pada Usia 70 Tahun
[Copy link]
|
|
Pelakon veteran Vinod Khanna yang popular sekitar tahun 1970-an meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang Khamis lalu akibat kanser pundi kencing.
Menurut laporanIndian Express, Vinod menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 70 tahun selepas berperang dengan penyakit dialami sebaik dimasukkan ke sebuah hospital di Mumbai pada Mac lalu.
Pada ketika itu, menurut anak sulung Vinod, Rahul, bapanya menjalani rawatan kerana mengalami dehidrasi teruk.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kesihatan Vinod yang juga bekas ahli parlimen India itu semakin membimbangkan apabila sekeping imejnya yang kelihatan lemah tidak bermaya menjadi tular di media sosial.
Ketika hayatnya, pelakon yang seangkatan dengan Amitabh Bachchan ini telah memegang watak dalam lebih 100 filem, antaranya Amar Akbar, Anthony, Qurbani dan Achanak.
Mula menceburkan diri dalam dunia perfileman pada 1968, nama Vinod meniti di bibir peminat pada era kegemilangan sekitar 70-an dan 80-an.
Vinod meninggalkan isteri Kavita Khanna dan empat anak. Tiga daripada mereka adalah lelaki Rahul, Akshaye dan Sakshi. Manakala seorang lagi anak perempuan iaitu Shraddha.- CARI
sumber : https://s.yimg.com
sumber : http://img.etimg.com
|
|
|
|
|
|
|
|
kurus nya kt gambar nombor 4 tuh...
takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Antara hero pujaan hatiku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Next amitabh pulok.. bosan dh tgk dia xabis2 jadik hero even dh tau gayut..hahaha kijam iols...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hensem mendiang Vinod Khanna msa memuda dlu,slalu berlakon watak bengis&jahat
Sedih ngok gambau no 4 tu,lain nau wajah yer |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. membesar dengan cerita - cerita hindi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuo sgt dh tu, dh ajal kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai kurus je gambar last tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya gmbr las...
rip |
|
|
|
|
|
|
|
kurus giler gamba no. 4 tu
ilang sorg lagi star hindi |
|
|
|
|
|
|
|
Kurus sgt masa dia sakit..papepun takziah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah..masa muda hensem
|
|
|
|
|
|
|
| |
|