Menjadi seorang artis tak bermakna seseorang bebas melakukan sesuatu, apatah lagi jika ia sudah ditegah awal-awal.
Aktor Kim Rae Won baru-baru ini memuat naik sekeping gambar dari babak filem Guardians of the Galaxy 2 dengan kapsyen #WeekendTheater #NoOneRecognizedMe, sekali gus memberi gambaran dia mengambil gambar ketika filem terbabit sedang dimainkan di dalam panggung walaupun tindakan itu dilarang dan telah diberi amaran sebelum filem dimainkan.
Selepas tindakannya itu menerima kecaman dan mencetuskan kontroversi, aktor terbabit memadam gambar berkenaan dan menggantikannya dengan gambar 'screenshot' dari trailer filem tersebut.
Foto: AllKpop/IG Kim Rae Won
Memetik portal Soompi, agensi pengurusannya HB Entertainment mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi itu.
"Kami memohon maaf di atas kontroversi yang disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab Kim Rae Won itu.
"Kim sedar dan mengakui kesalahannya itu dan dia akan lebih berhati-hati kelak supaya kesalahan sama tidak berulang," katanya.
Foto: AllKpop
Kan dah kena. Dah buat kesalahan, dipamerkan pula di media sosial. Padan dengan mukanya lah, siapa suruh degil, bukan? - CARI |