Kebelakangan ini banyak kes penghinaan terhadap kesucian agama Islam dilaporkan dan menjadi isu panas di media sosial.
Kebiadaban sesetengah individu atau pihak yang sengaja memprovok agama Islam dilihat semakin menjadi-jadi dan telah mengundang kemarahan umat Islam. Baru beberapa hari lepas muka hadapan sebuah akhbar tempatan menjadi bualan hangat netizen kerana menghina agama Islam.
Terbaru, rumah seorang pengguna Facebook di Indonesia telah diserbu penduduk kampung berikutan provokasi yang dilakukannya terhadap agama Islam.
Melalui paparan video berdurasi 4 minit 15 saat, orang ramai mengepung rumah lelaki terbabit untuk membawanya ke balai polis kerana mendakwa lelaki itu telah melampaui batas.
"Inilah dia lelaki yang menghina agama Islam di dalam Facebook. Takbir itu di buat status di Facebooknya sebagai "Take Beer", iaitu bermakna mengambil beer. Manakala Allahu Akhbar ditulis Ahmid Albar. Jelas itu menghina agama Islam"
"Kami umat Islam tidak pernah menghina agama lain, jadi berani buat berani tanggung" kata seorang lelaki yang merakam video di bawah ini.
Nampaknya kes provokasi terhadap agama Islam dilihat semakin menjadi-jadi bukan sahaja di dalam negara kita malahan di seluruh dunia.
Sentimen Anti-Islam atau Islamphobia mula merebak dalam dunia hari ini apabila pihak Barat sering mengaitkan Islam dengan isu keganasan. Sebut sahaja Islam, agama ini sering dikaitkan dengan pengganas. Bekas Presiden Amerika, George W. Bush secara terbuka menuduh orang Islam adalah pengganas dan menjadi punca utama runtuhnya menara berkembar World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001.
Sehingga ke hari ini, media Barat masih gigih memburuk-burukkan imej Islam. Secara tidak langsung, pelbagai pihak terutama golongan bukan Islam telah memandang serong terhadap Islam.
Memandangkan kes provokasi agama boleh mengganggugat keamanan negara, jadi apakah hukuman yang anda rasakan paling setimpal untuk "mengajar" individu atau pihak yang sengaja membakar api kemarahan ramai seperti kes lelaki ini? - CARI |