View: 3107|Reply: 12
|
Senang-Senang Je Populariti Dicantas Fattah Amin, Apa Kata Aaron Aziz?
[Copy link]
|
|
Kasihan betul bila mendengar khabar Aaron Aziz, yang sering dimasukkan hospital kebelakangan ini.
Kecederaan sendi tengkuk yang dialaminya sejak empat tahun lalu masih belum pulih sepenuhnya dan menyebabkan dia harus mendapatkan suntikan streoid berulang kali dari doktor.
"Sekarang masih sakit, doktor suruh buat pembedahan untuk betulkan sendi leher tapi saya tidak mahu. Buat masa ini saya berehat dan mengelakkan kerja-kerja berat," ujarnya kepada mStar Online.
Foto: IG Aaron Aziz
Aktor filem Ombak Rindu ini memerlukan rehat yang secukupnya dan mengurangkan aktiviti seninya buat sementara waktu.
Mungkin disebabkan itu populariti Aaron dalam melakonkan babak-babak romantik senang-senang sahaja dicantas oleh pelakon kacak Fattah Amin?
Mengulas mengenainya, Aaron mengatakan yang semuanya adalah rezeki aktor tersebut dan mengakui yang Fattah memang mempunyai pakej dan bakat yang tersendiri untuk menjadi bintang.
Foto: IG Aaron Aziz
"Ini adalah rezeki dia dan tiada siapa pun boleh mempertikaikannya. Bagi saya jika orang kata dia tidak bagus dalam lakonan dia boleh belajar lagi.
"Susah untuk mengukur potensi seseorang pelakon kerana ada yang boleh berlakon romantik tapi tidak boleh buat aksi. Ia sesuatu yang subjektif," tambahnya lagi.
Apa pun sikap beginilah yang kita mahukan, bersaing secara sihat dan bukannya bergaduh akibat dengki sesama artis kan? -CARI
Foto: IG Aaron Aziz
|
|
|
|
|
|
|
|
Xpe la abg aaron.. adat dunia seni |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus aaron ajis bagi nasihat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn le jeles ang qaron |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar cerita kisah benar Aman Shah hacker bank tu akan dibuat novel..abg Aaron berlakon jadi Aman Shah pun bagus |
|
|
|
|
|
|
|
itulah orang cakap hidup ni ibarat roda. |
|
|
|
|
|
|
|
wordlife replied at 5-7-2017 08:35 AM
itulah orang cakap hidup ni ibarat roda.
Betul betul
|
|
|
|
|
|
|
| |
|