Edited by jiwarasa at 2-6-2017 10:50 AM
Inspektor Ditemui Mati Dengan Tembakan Di Kepala
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian dahi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan, pagi tadi.
Harian Metro melaporkan, mangsa yang berusia 29 tahun itu ditemui kira-kira jam 9 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri atas kerusi serta kesan darah di bawah kerusi di pejabatnya oleh anggota polis.
Mangsa yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial sepatutnya menghadiri mesyuarat pada 9 pagi tadi namun tidak munculkan diri.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa bertugas dari 8 malam semalam hingga 8 pagi tadi serta membuat rondaan di sekitar Pasir Puteh.
Menurutnya, rakan mangsa ada mendengar bunyi tembakan antara jam 4 hingga 5 pagi, namun tidak mengesyaki sebarang perkara yang mencurigakan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika ditemui dan dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk bedah siasat,” katanya.
Jelasnya, setakat ini kes membabitkan mangsa yang berasal dari Selangor ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Namun polis masih menjalan siasatan lanjut untuk mengetahui motif kejadian termasuk sama ada mangsa mengalami tekanan atau sebaliknya.
![](https://scontent-kut2-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-0/s480x480/18839181_1682546722052176_789751739380864348_n.jpg?oh=e47cb2a9e51534444f3be9073effe591&oe=59EA24FF)
Utk mklmn.
Al fatihah.
👇🏻 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. *YDH Dato PJSJK*
*YDH Dato T/PJSJK(Siasatan)*
*YDH Dato T/PJSJK (JSM)*
*YDH Tuan T/PJSJK(RO)*
*YDH Tuan T/PJSJK(PSI)*
*YDH Tuan2/Puan2.* *Makluman awal kematian Peg Penyiasat BSJKD Pasir Puteh* 1) Insp G24428 AHMAD AL-SYAMIR BIN SHARIF FOLIDIN JSJK IPD PP disahkan meninggal di pejabatnya JSJK Tingkat 1 Blok A IPD PP oleh pegawai perubatan Hosp Tengku Anis PP pada 1 Jun 2017 jam 0940hrs. 2) Unit Forensik dan Dr pakar HRPZ II Kota Bharu, Dr Wan Zamri sekarang dalam perjalanan ke IPD Pasir Puteh. 3) Kecederaan di kepala disyaki kesan tembakan di kepala menggunakan P99 Walther. 4) Butiran perkhidmatan pegawai:
Tarikh lahir: 1 Mac 1988 (29 tahun)
Negeri lahir: Johor
No KP: 880301-23-5005
Status: Bujang
Tarikh mula khidmat: 8 Mei 2016
Jawatan: Insp Peg Penyiasat Jenayah Komersil, IPD Pasir Puteh, Kelantan
Tarikh lapor di jawatan sekarang: 1 Mac 2017
Alamat waris:
No. 15, Jalan Sentosa 16,
Taman Desa Sentosa Dusun Tua,
43100 Hulu Langat, Selangor. Untuk makluman, Terima kasih
YDH Dato2/Tuan2/Puan2.
|