CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1845|Reply: 12

Misbun Sidek Kembali Semula Ke Pangkuan BAM

[Copy link]
Post time 9-6-2017 10:55 AM | Show all posts |Read mode



Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dijangka kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki.


Memetik laporan Bernama, presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara kelmarin.

“Misbun memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemain perseorangan lelaki terbaik Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ketika membimbing (Datuk) Lee Chong Wei. Saya juga mahu jurulatih yang dihormati oleh semua pemain terutama Chong Wei."

“Misbun telah bersetuju secara dasar tentang pelantikan beliau. Saya menghubungi beliau sebelum mesyuarat C&T, dan kita bersetuju bahawa beliau akan dilantik sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki.”

Mohamad Norza berkata Misbun akan melapor diri selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.- CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2017 10:56 AM | Show all posts
bagus la. hope takde isu lain lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg patut pon..makin layu badminton..masa tu br sembah ratu misbun balik..org luar pon berlatih dgn dia. Teringat haji sidek pnye disiplin..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 11:13 AM | Show all posts
“Misbun memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemain perseorangan lelaki terbaik Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ketika membimbing (Datuk) Lee Chong Wei. Saya juga mahu jurulatih yang dihormati oleh semua pemain terutama Chong Wei."


Adakah selama nie DLCW xhormat coach selain misbun?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 11:46 AM | Show all posts
Bagusla untuk kebaikan bersama
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 12:27 PM | Show all posts
legend is back..sallluteee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2017 03:22 PM | Show all posts
sekarang ni DLCW pun dah di hujung karier...Pemain single yg lain pun nan hado... camno Misbun nak cipta pemain yg bakal menjadi bintang?

DLCW rank 3 dunia umur 35, Zulfadli rank 32 dok luar BAM camno nak latih, Iskandar rank 37 tu kalau tak silap ada sakit belakang tapi pemain utama Malaysia, Chong Wei feng rank 40 dah umur 30,  mohd ariff dah umur 28 dah agak lambat untuk sampai kemuncak kerjaya, Misbun Ramdan umur 26 ranking 692 jauh bebenor rankingnya ..Darren Liew rank 58 umur 30, Soo Teck Zhi rank 152 walaupun player backup dari player utama Malaysia tapi umur 22 boleh gi jauh lagi..

Harap2 Misbun tidak dijadikan kambing hitam kalau tak ada player Malaysia yang hebat nanti dalam tempoh 2-3 tahun akan datang..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai nmpk ni langkah yg salah dr misbun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2017 03:31 PM | Show all posts
it is about time..dah lama dah CW requested benda ni
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah Latuk masih berharap Olimpik 2020? Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 9-6-2017 08:28 PM
Adakah Latuk masih berharap Olimpik 2020? Huhuhu

Ni ai tgk bulletin utama.. interview dgn misbun knp atau apa motivasi dia terima.... jawapannya asyik sekitar chong wei...  abis tu anaknya siapa nama ni misbun ramadhan... knp x digilap jd pggnti lcw?
Ai thot sinar akhir lcw adalah masa kat rio dulu... utk olimpik 2020.. is a mission impossible to me.. fight against nature..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ohnoLia replied at 9-6-2017 08:48 PM
Ni ai tgk bulletin utama.. interview dgn misbun knp atau apa motivasi dia terima.... jawapannya as ...

By the time olympic 2020 nanti Chen Long pon dh under prestasi.. Masa tu China dibarisi oleh pemain muda yg jauh lbh bertenaga..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga berjaya misbun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.041897 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list