View: 1424|Reply: 6
|
Harga Runcit Petrol, Diesel Kekal Diumum Setiap Minggu
[Copy link]
|
|
sumber : Internet
Harga siling petrol dan diesel akan tetap diumumkan pada setiap minggu seperti yang sedang dilaksanakan ketika ini.
Memetik laporan Astro Awani, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengumuman bahan bakar itu tetap dilaksanakan secara mingguan walaupun ada permintaan supaya ia dibuat secara bulanan.
"Ada orang kata tukar semula dari mingguan kepada bulanan. Tidak, sistem yang kita ada ketika ini akan kekal," katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian di Putrajaya kelmarin.
Mengenai formula baharu bagi menentukan petrol dan diesel, yang bertujuan menstabilkan industri minyak negara, beliau berkata ia masih dalam peringkat kajian.
Menurutnya beliau telah bertemu dengan syarikat-syarikat minyak untuk membincangkan formula itu bagi memastikan ia tidak merugikan mana-mana pihak.
Pada Jumaat lepas, Hamzah berkata satu formula baharu harga minyak akan diumumkan bagi mengelak pengusaha stesen minyak kerugian sekiranya harga bahan api itu terus turun mengikut kaedah yang diguna pakai ketika ini.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Esok naik ke turun rega minyak..nk balik kmpg esok. Kalu naik nk isi minyak petang ni |
|
|
|
|
|
|
|
makin banyak la station minyak TUTUP |
|
|
|
|
|
|
|
konpom trun dik
celah mana alasan nak kasi naik
tapi kalu naik juga faham fahamla sapa punya dengki
|
|
|
|
|
|
|
|
harga sekarang ni harga siling ker???
bila masa pulak KPDNKK ni kena jaga kebajikan pengusaha stesen minyak??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kompom turun.. Kalu tak turun atau kekal, maknanya kerajaan Najib MENIPU!! Harga minyak dunia menjunam sejak khamis lepas...
|
|
|
|
|
|
|
|
ataupon kekal sperti skrg |
|
|
|
|
|
|
| |
|