View: 4163|Reply: 46
|
Berdepan Pelbagai Cabaran, Najib Masih Tenang Kerana Wanita Di Belakangnya- Riza
[Copy link]
|
|
Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat baru-baru ini mengemukakan saman sivil kedua bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB telah menarik perhatian pelbagai pihak di dalam dan luar negara.
Namun demikian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan dirinya tidak akan memberi sebarang komen terhadap isu DoJ Amerika Syarikat itu.
Kelmarin, beliau mengatakan banyak kenyataan telah dikeluarkan berhubung isu berkenaan termasuk Jabatan Perdana Menteri turut memberi respond kepada DoJ Amerika Syarikat berhubung 1MDB menerusi kenyataan rasmi.
Pembantu khas Datin Seri Rosmah Mansor, Rizal Mansor hari ini menerusi laman Facebooknya menulis status yang memuji Datuk Seri Najib kerana masih tenang walaupun berdepan pelabagai “cabaran dan ujian”.
“Tidak hairanlah perdana menteri sangat tenang walau hadapi pelbagai cabaran dan ujian saban hari. “Kerana apa? Kerana ada seorang wanita yang cekal dibelakangnya.”
Rizal dalam catatannya turut berkata anak muda hari ini diajar dengan politik fitnah dan kebencian ini apabila semakin ramai menyebarkan “fitnah”.
“Semakin teruk Datin Seri Rosmah difitnah, semakin banyak pahala mengalir masuk."
"Tabik dengan Datin Seri Rosmah kerana tidak semua wanita mampu bertahan seperti beliau.”
Sebelum ini, DoJ turut berkata beberapa aset mewah dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada dana milik 1MDB. Ia termasuk seutas kalong berlian bernilai hampir RM120 juta kepada seorang yang hanya dikenal pasti sebagai “isteri Malaysian Official 1”.
Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dilaporkan mencabar Datin Seri Rosmah mengambil tindakan undang-undang ke atas DoJ Amerika Syarikat.
Akan tetapi, baru-baru ini ketika menghadiri satu majlis, dalam ucapannya Datin Seri Rosmah mengingatkan rakyat Malaysia agar jangan mudah terperdaya dan perlu tahu membezakan sesuatu perkara samada benar ataupun rekaan semata-mata. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Untung la Jibby ada Rossy dibelakangnya...:zz |
|
|
|
|
|
|
|
SENYUM |
|
|
|
|
|
|
|
Gila tak teguh..tembok besar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tenang di muka tapi di hti sape yang tahu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke dibelakang? Ke depan? |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba teringat cerita shutter. hish aku ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ewww jijik as aku baca.. muntah hijau.. bernanah telinga aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tgok iklan raya deols kat tv pakai baju purple lawak gile.. Kak mah siap acah2 tgh anyam ketupat gitu.. Entah2 seumur hidup x pernah masuk dapur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bukan wanita cekal..tapi wanita kulit boya..kulit tebal tak reti malu. Mencuri pastu boleh wat dek jer...rosak negara |
|
|
|
|
|
|
|
Letih dgn drama jibby n rossy...turunlah. Rakyat makin derita..ekonomi makin teruk. Pencuri yg paling tak malu dlm dunia..sungguh malu ada PM mcmni |
|
|
|
|
|
|
|
Memang betul..kekuatan sebenar lelaki adalah terletak pada seorang wanita yang berada di sisinya setiap waktu keadaan. Dan wanita itu adalah penyokong utama lelakinya selain memiliki ciri2 yg utama iaitu bijaksana, bijaksana dan bijaksana. Bijak yang ke arah kebaikan ya. Bijaksana.. Licik dalam mengatur kehidupan dan arah tuju.
Begitulah tingginya darjat dan peranan wanita yg menjadi ibu, isteri, saudara, teman atau sahabat yg istimewa. Pakailah emosi kita dengan permainan psikologi secara wijaksana. |
|
|
|
|
|
|
|
senyum.. tak perlu kata apa2.. |
|
|
|
|
|
|
|
salah tajuk ni... patutnya tajuk kena berbunyi cenggini...
Berdepan Pelbagai Cabaran, Najib Masih Tenang Kerana Wanita Di Hadapannya- Rizal Mansor
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak2 rayer ni mesti lebat angpow pem khas&macai
tegar nih dpt |
|
|
|
|
|
|
| |
|