Bukanlah satu perkara mudah untuk menambahkan selera makan si kecil. Biasalah, kanak-kanak memang "memilih" apa yang hendak dimakan. Jika tidak kena dengan selera, memang sampai sudah dia tak kan makan.
Tetapi usah gusar, mungkin resipi ini boleh membantu anda. Selain sangat mudah disediakan, ia juga baik untuk kesihatan anak-anak yang sedang membesar.
Ini bukanlah bergedil walaupun bentuknya nampak hampir sama. Nama resipi ini adalah Nasi Kepal yang dihasilkan oleh saudari Nor Nasiha khas untuk menambah selera makan si kecil.
Cara menyediakan Nasi Kepal ini tak jauh bezanya dengan cara membuat cekodok. Jom cuba resipi ini untuk anak-anak anda.
Bahan-bahan
- Nasi sejuk
- Daging cincang
- Bawang merah hiris dadu
- Daun bawang hiris halus-halus
- Daun sup hiris halus
- Cheese chedar
- 1 sk serbuk lada hitam
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- 1 biji telur
- 2 sb tepung pulut
Cara-cara
- Campur semua dan gaul sebati lepas tu kepal-kepal dan bentukkan.
- Kemudian bolehlah di goreng guna api kecil.
Sudah masak bolehlah dihidangkan dan lihat bagaimana reaksi si kecil anda. Silakan mencuba. - CARI
|