|
Wah! Pelakon Sharifah Aleysha Syed Zainal Rashid, 24, selamat menjadi isteri kepada Ali Alasri Adenan dengan sekali lafaz, kira-kira 11.15 pagi semalam.
Walaupun bersyukur majlis berjalan lancar, ibu mana tak bersedih apabila terpaksa melepaskan anak perempuan untuk bersama suami kan? Itulah apa yang dirasakan ibunya, Fatimah Abu Bakar.
"Alhamdulillah, majlis pernikahan anak ketiga berjalan dengan lancar. Saya dan suami, Syed Zainal Rashid Alyahya kini menyerahkan tanggungjawab menjaga Leysha kepada Ali.
"Kami semua gembira dengan pernikahan mereka. Semestinya sebagai ibu, saya sedih terpaksa melepaskan anak kesayangan untuk bersama suaminya. Syukur kerana Ali sudah secara rasmi menjadi sebahagian daripada keluarga kami," katanya kepada BH Online.
Anak keduanya, Sharifah Amani yang tidak dapat hadir ke majlis berkenaan bagaimanapun berpeluang mengikuti perjalanan majlis menerusi aplikasi Facetime selain berkongsi rasa syukur menerusi Instagram.
Lebih menarik, suami Alesya turut mendapat perhatian netizen apabila dikatakan ada iras wajah pelakon Farid Kamil.
"Aliroars ni dari tepi macam Farid Kamil.. hehe," tulisnya.
Foto: IG Sharifah Amani
Tahniah ya buat Alesya dan pasangan. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.Apapun, setuju tak suami dia ada iras Farid Kamil? - CARI |
|