View: 1191|Reply: 5
|
Banjir Kilat, 9 Sekolah Di Kota Kinabalu Diarah Tutup
[Copy link]
|
|
sumber : mynewshub
Berikutan banjir kilat yang melanda bandar raya Kota Kinabalu dan sekitarnya hari ini, sebanyak sembilan buah sekolah terpaksa ditutup demi keselamatan para pelajar.
Sembilan buah sekolah itu termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Lapotung; SK Rungus; SK Togop; SK Kem Lok Kawi; SK Timbang; SK Darau; SK Kitobu; SK Rampayan serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa,Tenghilan.
Memetik laporan Bernama, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, penutupan itu melibatkan 3,806 dan 272 guru.
Tambahnya, pihaknya akan memantau keadaan dari semasa ke semasa sebelum memutuskan sekolah terbabit dibuka semula.
“Ada di antara sekolah masih digenangi air dan ada yang telah surut. Bagaimanapun bilik darjah tidak dapat digunakan untuk sesi pembelajaran akibat kotor."
“Sekiranya keadaan cuaca dan keselamatan sekolah baik kita akan membuka semula sekolah-sekolah yang ditutup,” katanya dalam kenyataan hari ini.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan segala urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89: semoga dipermudahkan segala urusan.
aamiin aamiim aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
takziah adik2 now tgh exam kan? |
|
|
|
|
|
|
|
but it's just august.. weather sekrang memang dah x macam dulu kan you could predict bila musim tengkujuh, panas kering etc.. so must always be well prepared for any circumstances... |
|
|
|
|
|
|
| |
|