|
|
Siapa yang tidak menggemari daging kambing? Rasanya yang manis dan jika penyediaan betul, maka dapatlah daging yang lembut dan berjus!
Pergh! Teringatkan tekstur dagingnya itu sahaja boleh buat kecur air liur.
Anda boleh cuba resipi kambing bakar yang satu ini. Memang paling mudah, bahan cuma beberapa sahaja dan cara masak pun senang. Rugi jika tak cuba!
Foto: Carian internet
Bahan-bahan:
Daging kambing 5-6 keping
Sos tiram 2 sb
Sos lada hitam 3 sb
Kicap 3 sb
Hirisan halia tumbuk halus
Gula
Serbuk lada hitam
Daun rosemary
Cara-caranya:
1. Masuk semua bahan tadi dan gaul sebati. Kalau nak perap, tutup bekas pakai plastik atau aluminium foil dan letak dalam peti.
2. Bakar dalam ketuhar selama 1 hingga 1.30 jam api atas bawah 200 darjah celcius
3. Jika masak untuk kuantiti banyak, lebih elok bakar atas arang.
4. Boleh hidang dengan kuah lada hitam atau terus diratah begitu sahaja. - CARI
Kredit: Zaryna isimanlocos via masak apa hari ni |
|