Bukan semua lelaki "gentle" dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk meluahkan rasa cinta terhadap gadis yang disukai.
Jika di zaman teknologi ini, ramai yang memilih untuk menggunakan media sosial seperti Facebook atau Instagram untuk mencari kenalan, lain pula caranya dengan "lelaki misteri" ini.
Melalui satu perkongsian oleh seorang gadis bernama Cik Awie di laman Facebooknya, dia menceritakan satu kisah lucu apabila menerima sekeping nota daripada jirannya yang menyatakan hasrat untuk berkenalan.
Lucunya, nota itu diikat pada leher kucing miliknya, mungkin ketika kucingnya itu sedang berkeliaran di kawasan rumah jiran. Nota yang berada dileher kucingnya itu mula disedari gadis tersebut ketika memberikan kucingnya makanan.
Bijak dan kelakar idea lelaki ini tapi bahaya juga kalau kucing tu salah masuk rumah jiran lelaki atau isteri orang.
Agaknya hajat lelaki ini nak berkenalan dengan Cik Awie tercapai atau tidak? Susah-susah sangat, buka Wechat je lah bro lepas tu "Look Around", mana tahu jumpa Cik Awie kan.
Selamat mencuba bro. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. - CARI
|