Amboi, sedapnya dia mengeji orang tua mencacatkan pemandangan. Apa dia ingat dunia ini untuk dilihat mata dia seorang sahajakah?
Di saat insan lain merasa bangga dengan tindakan seorang lelaki membawa ibunya yang uzur keluar makan bersama, seorang wanita mencemuh tindakan lelaki berkenaan.
Foto Hiasan
"Tengah lunch dengan suami semalam, boleh ternampak seorang lelaki ini bawa orang tua, mungkin mak dia. Rupanya mereka pun lunch sekali.
"Hmm, bukan apa la, macam mencacatkan pemandangan saja.
Di situ adalah tempat makan orang nak romantik.
Awak bawa orang tua awak ke situ pula," tulisnya.
Di manakah hati perut wanita itu berkata sedemikian? Adakah dia tidak pernah menerima kasih sayang daripada ibunya sehingga begitu tega mengeji ibu orang lain?
Menerusi postingnya, dapat kita lihat wanita yang dikenali sebagai Darlings Suhana itu sangat materialistik! Sampai hati dia menasihati lelaki berkenaan untuk 'menyorok' ibunya supaya tidak menjatuhkan standard orang 'berada'.
"Sayang, pakai kereta mewah, baju smart tetapi bawa orang tua uzur ke sana? Apa seyh. Jangan jatuhkan standard orang yang berada boleh tak?
"Macam tak ada kedai mamak atau warung tepi jalan saja. Kalau ye pun awak kaya,
awak kena sedar bahawa tindakan awak itu menjatuhkan taraf profil awak sendiri.
Tolonglah. Dunia, dunia. Apa nak jadilah," tulisnya.
Mungkin dia ingat semua harta dan pangkat di dunia boleh dibawa masuk bersama ke dalam liang lahad.
Status biadab itu mencetuskan kemarahan netizen yang mengecam keras tindakannya sehingga dia menyahaktifkan akaun Facebooknya, dipercayai kerana tak tahan malu.
Bagaimanapun, terdapat pihak yang 'prihatin' telah mencipta satu akaun baru untuk Darlings Suhana dan ia mungkin bertujuan untuk memalukan wanita berkenaan.
"Mak lebih penting dari maruah kerana maruah tak menjamin kita ke syurga.
"Bodoh lebih level dah kau ni...munkin kau ni anak pungut, terjumpa dalam tong sampah, komen netizen.
Apapun, janganlah kita terikut emosi mengecam tindakan insan seumpamanya secara melampau. Tak perlu kita 'merendahkan standard' seperti mereka, sebaliknya jadikan ia sebagai pengajaran untuk masa hadapan, okey? - CARI |