Sebuah video yang kini tular memperlihatkan sebuah kereta menggunakan lorong kecemasan sehingga menghimpit penunggang motosikal yang lalu di lorong yang sama.
Ekoran video tersebut, seorang lelaki dikecam netizen gara-gara kenyataannya menyokong kereta menggunakan laluan kecemasan.
"Laluan manakah yang harus digunakan oleh pengguna motosikal jika laluan kecemasan turut disalah guna oleh pemandu kereta." tanya salah seorang netizen.
Memetik laporan mStar, rata-rata menganggap bahawa lelaki tersebut adalah sebahagian daripada pemandu kereta yang sering menyalahgunakan laluan kecemasan hingga membahayakan pengguna motosikal yang lain.
Sehubungan itu, perkara tersebut telah menarik perhatian Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman untuk tampil menegaskan bahawa lorong kecemasan hanya untuk kegunaan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan.
“Mana-mana kenderaan termasuk motosikal tidak dibenarkan menggunakan lorong kecemasan,” katanya.
Menurut Wan Ahmad Uzir, pengguna jalan raya yang didapati menggunakan lorong kecemasan boleh didakwa di mahkamah di bawah Akta JPJ 1987.
“Mereka yang disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.- CARI
habis tu motor nak ikut lorong mana? semak la kalau motor ikut lorong kereta. lagipun berbahaya untuk penunggang motor.. dah lah pemandu kat malaysia ni ramai yang berat tangan nak bagi signal..
Post time 5-9-2017 05:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak faham lagi ke?
Motor lalu jalan biasa je, jangan masuk highway.
Kecuali highway yang sediakan laluan motorsikal.
Dah la tak bayar tol.
Mana ada benda percuma zaman gst ni.
Kat Malaysia je penunggang motosikal kena lalu kat lorong kecemasan kalau di kebanyakan negara lain semua lalu ikut lorong yang sama digunakan oleh kerera lori bas. Dah nama lorong kecemasan hanya patut digunakan waktu kecemasan je. Tapi sebab nak mengelakan pemandu kederaan lain yang kadang2 memandu agak laju dan membahayakan ramai penunggang motosikal memilih mengunakan lorong kecemasan.
Memang cukup hairanlah dengan setengah pengguna jalan raya di msia ni, masa ambil theory test tak ada dalam Highway Code bahawa menggunakan lorong kecemasan adalah dilarang sama sekali?
Sepatutnya jpj tak perlu keluarkan kenyataan bahawa .. "motosikal juga dilarang menggunakan lorong kecemasan" kerana sebelum mereka dapat lesen mereka pernah menduduki theory test.
Tangkap aja mereka mereka tu dan sekolah kan semula dan di harus kan mengambil theory test sekali lagi sebelum di benar kan memandu di atas jalan raya.
Dah tu knp tak naik keta je? ko naik moto ko terima la hakikat...moto ni patut di haram kan je masuk highway..
Kalu naik keta tngh jem kau nak tukar lorong pon kena bg penunggang moto lalu dulu..dah la lalu percuma tol aku bayar..nak special treatment pulak