View: 1492|Reply: 13
|
Buka Mulut, Azmin Umum Barisan Kepimpinan HARAPAN
[Copy link]
|
|
Selaku Pengerusi, Datuk Seri Azmin Ali hari ini mengumumkan barisan kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor dengan nisbah 4:3:3:2 antara empat parti komponennya.
Foto: Malaysia Kini
Memetik Malaysia Kini, pemimpin PKR mengisi empat jawatan, sementara dua jawatan diberikan kepada pemimpin BERSATU dalam struktur kepimpinan baru itu.
Menurut Azmin, empat timbalan pengerusi yang dilantik terdiri daripada Tony Pua (DAP), Ir Izham Hashim (AMANAH), Datuk Abdul Rashid Asari (BERSATU) dan Sivarasa Rasiah (PKR).
Selain Sivarasa, anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai setiausaha, manakala ADUN Seri Andalas Xavier Jeyakumar diangkat sebagai pengarah pilihan raya.
Dari DAP, speaker DUN Selangor Hannah Yeoh dilantik sebagai bendahari dan Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo selaku pengerusi biro undang-undang.
Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim dari parti AMANAH bertanggungjawab sebagai penolong setiausaha dan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dipilih sebagai pengerusi jawatankuasa manifesto.
Manakala, jawatan Ketua Penerangan diberi kepada anggota majlis kepimpinan BERSATU Datuk Dr Sukiman Sarmani.
Foto: IG Azmin
"Saya berkeyakinan bahawa kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Selangor akan terus maju ke hadapan dengan tekad untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.
"Mesyuarat juga telah membincangkan secara dasar tentang manifesto dan gerak kerja pilihan raya termasuk program-program penerangan yang akan memberikan pencerahan dan maklumat kepada rakyat mengenai kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor," jelas Azmin. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Pakatan haru biru...musnah negara kalau biar kat puak-puak ni...kesannya lagi teruk dari BN. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_BeachBoys replied at 10-9-2017 05:04 PM
Pakatan haru biru...musnah negara kalau biar kat puak-puak ni...kesannya lagi teruk dari BN.
Selangor dapat ke Pakatan 2 penggal aman2 je...rakyat bahagia je bawah Pakatan... |
|
|
|
|
|
|
|
xy_daen replied at 10-9-2017 05:08 PM
Selangor dapat ke Pakatan 2 penggal aman2 je...rakyat bahagia je bawah Pakatan...
Yelah...blom dapat kuasa penuh lagi kan...so simpan dulu tanduk setan tu |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_BeachBoys replied at 10-9-2017 05:17 PM
Yelah...blom dapat kuasa penuh lagi kan...so simpan dulu tanduk setan tu
Ko ingat semua orang mcm UMNGOK ke |
|
|
|
|
|
|
|
Akak kesian dengan Anwar Ibrahim |
|
|
|
|
|
|
|
jika berjaya membentuk kerajaan, di mana kedudukan Mahathir? |
|
|
|
|
|
|
|
PEPPERMAN replied at 10-9-2017 11:16 PM
jika berjaya membentuk kerajaan, di mana kedudukan Mahathir?
Dalam kubur kot |
|
|
|
|
|
|
|
Tokti pun ikut bertanding bawah Harapan ni kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni dah kena bayar bil air lah lepas 8 tahun free. Kawasan majoriti melayu elit sokong pas,bangi,shah alam,hulu langat. Cina cuma area pj,damansara. Silap2 majoriti mudah pon xlepas. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat penjilat2 PAS ni boleh tanam mimpi laa ..
|
|
|
|
|
|
|
|
parti Urban kununn ..
serupa di kelantan .. tin2 milo ada harga
pasai diedar sebagai tabong2 sedekah .
|
|
|
|
|
|
|
|
pakatan himpunan org gila kuasa...tak dapat peluang dalam umno terus buka parti lain...sick people..lagi sick org yg menyokong...
|
|
|
|
|
|
|
|
karlmax8 replied at 11-9-2017 07:44 AM
Lepas ni dah kena bayar bil air lah lepas 8 tahun free. Kawasan majoriti melayu elit sokong pas,bang ...
Melayu urban sokong pas sebab benci UMNGOK sebelum ni...sekarang dah comolot dengan UMNGOK ko rase depa sokong lagi ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|