Edited by zamkumis at 12-9-2017 05:10 PM
Alhamdulillah,
Kini masalah nafas berbau telah ditemui punca sebenarnya..
Nafas @ mulut berbau dalam artikel ini mengkhususkan kepada masalah mulut yang apabila bercakap akan mengeluarkan bau yang kurang enak.
Petuanya adalah mudah, makan sahaja apa jenis BUAH-BUAHAN dengan serta-merta bau mulut akan hilang. Untuk sebiji buah jambu batu dapat mengelakan kira-kira 3-5 hari dari nafas berbau.
Anda boleh makan buah epal, jambu, limau, rambutan atau apa sahaja buah yang sedap-sedap. Tapi tidak termasuk buah petai, jering, kerdas atau durian...anda sendiri boleh faham kan..
Jadi untuk itu makanlah buah-buahan selalu paling kurang seminggu sekali. Menyantap buah sebelum makan makanan berat seperti nasi adalah sunnah nabi. Jadi makanlah buah untuk niatkan sunnah, pahala dapat mulut tidak berbau.
Mulut berbau memang masalah besar dalam komunikasi, memang susah untuk hilangkan kalau hanya dengan memberus gigi.
Selamat mencoba dan sila copy paste dan war-warkan berita baik ini.
|