View: 1131|Reply: 2
|
Rosmah Mansor Lawat Feynman School, Sekolah Budak Pintar Di Maryland
[Copy link]
|
|
sumber : internet
Sebagai individu yang menerajui program pendidikan awal yang dikenali sebagai Program Permata Negara (Permata), Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil kesempatan melawat Feynman School, sebuah sekolah bagi kanak-kanak pintar di Maryland yang bertempat di Washington DC.
Memetik laporan Berita Harian, Rosmah berada di sekolah itu lebih satu jam melawat kelas, berinteraksi dengan pelajar dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah, Susan Gold; Pengarah Eksekutif. Robert Gold serta Pengarah Pembangunan Kurikulum, Maya Manning.
Feynman School adalah sekolah pendidikan bersama persendirian bagi kanak-kanak berbakat besar dalam bidang akademik, berusia lima tahun hingga 14 tahun.
Sekolah itu menggabungkan perkembangan pesat, pemikiran aras tinggi, pemikiran kritikal dan hubungan antara disiplin, untuk meningkatkan kreativiti serta menambah pemahaman yang mendalam mengenai dunia sebenar.
Beliau mengiringi Datuk Seri Najib Razak, yang mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih dalam rangka lawatan kerja tiga hari.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Takde ke pics kak mah dgn akak Mel? Ke akak Mel tak sudi jumpa kak mah? |
|
|
|
|
|
|
|
iyer ler... sekolah pintar negara lain hado je lagi, malah berkembang pesat! sekolah pintak milik kak Mah bungkus, sb penaungnya bukan pintar mana pon, pintar tang cekup duit rakyat jelata jer! HMMM |
|
|
|
|
|
|
| |
|