CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 2

Selepas Jumpa Trump, Najib Ke London Pula Bertemu PM Britain

[Copy link]
Post time 15-9-2017 05:21 PM | Show all posts |Read mode


sumber : Twitter @NajibRazak



Sebaik sahaja selesai lawatan kerja tiga hari ke Amerika Syarikat atas undangan Trump yang bermula Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus menuju ke London dari Washington DC untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May.


Memetik laporan Bernama, Najib tiba di 10 Downing Street, kediaman dan pejabat rasmi perdana menteri Britain itu, pada 5.05 petang (waktu tempatan) Khamis.


Ketibaan Najib disambut mesra oleh May dengan kedua-dua pemimpin itu saling berjabat tangan sambil jurufoto dan jurukamera merakam gambar mereka.


sumber : Twitter @NajibRazak



Selepas pertemuan yang mengambil masa 40 minit itu, Najib memberi kenyataan dengan berkata Malaysia dan Britain mempunyai persamaan dari segi pendirian dan sejarah.


" Setelah tinggalkan EU, Britain sedang menjalin hubungan baru dengan negara-negara lain di seluruh dunia."  


Tambah Najib, Malaysia berada di kedudukan geografi yang strategik iaitu di rantau Asia Tenggara dan lebih-lebih lagi negara kita mempunyai hubungan yang erat dengan China dan negara-negara Islam di dunia ini.


"Sebagai sebuah negara yang mengutamakan perdagangan, Malaysia mengalu-alukan pelaburan dari Britain demi memperkukuhkan lagi kerjasama perdagangan kedua-dua negara."


"Saya memberi jaminan kepada Theresa May, Malaysia berbesar hati perbincangan berhubung memorandum dagangan kedua-dua negara dapat dipercepatkan, ini kerana kami sedar kerjasama ekonomi antara kedua negara mampu memanfaatkan pembangunan negara dan rakyat jelata." - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah sudah... Makin berkembang la ekonomi britain lepas ni {:hero
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sambil menyelam minum air,boleh la shopping beli henbeg baru..{:yameteh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.033887 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list