CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27966|Reply: 12

Panduan Mengenalpasti Masalah dan Memperbaiki Mesin Basuh

[Copy link]
Post time 16-9-2017 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by najib888 at 16-9-2017 11:01 AM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam posting ni, aku ingin berkongsi beberapa cara mudah untuk mengenalpasti masalah biasa mesin basuh jenis fully auto dan cara memperbaikinya. Aku bukanlah pakar, tapi aku belajar serba sedikit berdasarkan tips daripada kawan-kawan dan juga internet.

Sebelum tu, nak repair apa-apa pun, kita kena kenal dan faham prinsip asas operasi sesuatu mesin itu. Secara umum, semua mesin beroperasi berasaskan konsep teknikal yang sama, walaupun jenama berbeza. Boleh je study prinsip asas operasi melalui manual pengguna yang disertakan bersama mesin ataupun cari di internet.

Untuk mesin basuh fully auto ni, masalah yang pernah aku alami dan agak biasa ialah:

a. Air tak masuk selepas tekan butang ON/RUN ataupun air masuk sampai melimpah-limpah.
b. Tekan butang ON/RUN, tapi dengar bunyi “beep” pelik, lampu penunjuk proses (indicator light) nyala berkelip2 antara satu sama lain atau paparan LED tunjukkan karektor pelik (E03, P10 e.t.c).


a. Masalah Air Tak Masuk/Masuk Berterusan Sampai Melimpah

1. Jika kita pasti bahawa air dari kepala paip tak ada masalah (paip dah buka, air mengalir melalui hos), cuba perhatikan sambungan hos dengan “water inlet” di mesin. Buka dan periksa “strainer” sama ada terdapat apa-apa serpihan, sedimen yang mungkin menghalang kemasukan air dan bersihkan.  

2. Kalau semuanya berkeadaan baik, kemungkinan besar injap kemasukan air (water inlet valve, WIV) dah rosak/ada serpihan bendasing yang menghalang injap untuk BUKA dan TUTUP. Kebanyakkan kes, WIV gerenti kena tukar ganti.

3. WIV mengawal kemasukan air menggunakan solenoid. Dalam keadaan biasa (common state), WIV ni tertutup. Bila elektrik mengalir, gegelung tembaga dalam solenoid menghasilkan aruhan magnet, menarik rod besi yang berinjap getah/silikon, baru la air masuk.

4. Rupa WIV macam ni.
        

5. Untuk mesin basuh yang canggih sikit, kadang-kadang WIV ni ada dua water inlet dan dua solenoid valve. Ada satu water inlet tapi dua solenoid valve (mesin basuh Samsung kat umah aku macam ni). Walaubagaimana, konsep WIV ni sama je.

6. Cara nak buka dan periksa; pertama sekali pastikan plug dah dicabut daripada soket, tutup bekalan air dan pisahkan hos bekalan dengan mesin. Cari dan buka skru yang mengikat panel plastik dan seterusnya pisahkan kepingan plastik ni dengan berhati-hati.


7. Kalau ada multimeter, boleh check connection antara dua terminal solenoid valve ni. Bagi yang tak biasa gunakan multimeter ni, aku cadangkan tak payah la membahayakan diri. Cuma buka WIV ni dan bawa terus ke kedai yang menjual spare part utk perkakasan elektrik dan dapatkan ganti mengikut spesifikasi yg hampir sama.


8. Pastu, pasang balik dan tutup panel plastik. Masukkan hos air dan cuba hidupkan semula mesin basuh.

Semoga Bermanfaat. Kalau ada masa, aku akan post lagi.








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2017 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info.
Kalau washing machine front loader. Tak leh pusi g. Tau tak apa masalah dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2017 12:27 AM | Show all posts
batricia replied at 16-9-2017 09:45 PM
Good info.
Kalau washing machine front loader. Tak leh pusi g. Tau tak apa masalah dia?

Front loader so far tak penah service lagi.. Brand apa tu? ade keluar error code x? flashing indicator light or beeping pelik2?


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 09:49 AM | Show all posts
salam tuan nk tanya sket boleh, sy pakai washing mesin fully auto brand Toshiba..
macmna nk buang air dlm tangki air tu secara manual, nk pindah rumah berat la, seksa mengangkat  
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 17-9-2017 12:27 AM
Front loader so far tak penah service lagi.. Brand apa tu? ade keluar error code x? flashing indic ...

I see...
Brand samsung. Tak bagus la washing machine samsung ni. Baru pakai a few years dah tak berapa sihat. Asyik semput je. Skrg kalau tgh basuh tiba2 stuck tak leh pusing , kena off sekejap, on semula, baru boleh jalan.

Bila stuck tu, ada tulis - call for technician kot. Gitu la...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 03:17 PM | Show all posts
mesin ape yg bgus ye?sy pnya baru nk beli,sblom ni pkai jenana to*****  tpi mkin lma mkin prob.kalau nk baiki pon mhal.org tu pon rekomen suh bli baru je trus.agak2 yg than lama la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2017 02:49 PM | Show all posts
batricia replied at 20-9-2017 12:43 PM
I see...
Brand samsung. Tak bagus la washing machine samsung ni. Baru pakai a few years dah tak b ...

eh sy pon tgh hadap msalah sama jugak.agaknya mmg samsung semua mcm tu ke mcm ner.mula2 tu cantik je jalan elok,makin lama bila dah sekali buat hal baiki pun ttap tak mcm first.tak lama mmg kena beli baru la jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 02:59 PM | Show all posts
cam ssah je nak godek mesin bsuh sendri,kalau yg tak pandai tu btter hantar kdai ja la,kang laen jdnya.atau mntak yg expert ajar.penting jugak cari yg jenama yg stabil atau feedback yg baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2017 04:21 PM | Show all posts
suhada10 replied at 9-10-2017 03:17 PM
mesin ape yg bgus ye?sy pnya baru nk beli,sblom ni pkai jenana to*****  tpi mkin lma mkin prob.kalau ...

masa ko beli xde warrenty ke yg mesin ni? gune warrenty jela, takkan rugi duit baiki kan..masa ko beli kena tanya betol2
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:42 AM | Show all posts
Fazillah123 replied at 11-10-2017 04:21 PM
masa ko beli xde warrenty ke yg mesin ni? gune warrenty jela, takkan rugi duit baiki kan..masa ko  ...

ada jugak tempoh warranty yg pendek.kalau dah tmat tempoh kena sendri tggung. dan tak slh ada jugak part yg wrranty tak tlg cover.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:45 AM | Show all posts
suhada10 replied at 9-10-2017 03:17 PM
mesin ape yg bgus ye?sy pnya baru nk beli,sblom ni pkai jenana to*****  tpi mkin lma mkin prob.kalau ...

lebih selamat cik pilih panasonic.jenama ni paling terkenal dan antara brngan electrik yg terjamin selamat untuk digunapakai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 05:20 PM | Show all posts
Starcross replied at 12-10-2017 11:45 AM
lebih selamat cik pilih panasonic.jenama ni paling terkenal dan antara brngan electrik yg terjamin ...

btol ke tak sbb lst time mak cik aq ni beli jnma panasnc je tapi prblm sikit tau ...yg kt part frozen tu aq dengar mcm ada prblm utk freeze
tapi aq tak pasti la...kenapa ko tak cuba tgk kt jnama beko ni sbb kt ofis aq ni guna jnma beko setakat ni ok lar..colleauges pon dah tgk jnma beko ni ok so dwng dah tukar pon kt umah so far review pon baik je ..cuba guna ...lagi warranty lama tau 12 thn ...tak rugi langsung ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 12:22 PM | Show all posts
thini replied at 12-10-2017 05:20 PM
btol ke tak sbb lst time mak cik aq ni beli jnma panasnc je tapi prblm sikit tau ...yg kt part fro ...

yup btol tu,beko lg ok. sbb luar negara mmg rmai pakai jenama beko,mybe sbb lg than lasak kot.dan terkenal jugak beko ni kt negara luar.kalau tgk pon nmpk canggih,dan guna tenaga lektrik yg okay.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.091992 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list