View: 1372|Reply: 17
|
26 Termasuk 8 Remaja Ditahan Ketika Sedang Berpesta Dadah
[Copy link]
|
|
sumber : Utusan Malaysia
Seramai 26 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Group Goyang Yuk’ dicekup dalam satu serbuan yang dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah SPT kerana dipercayai berpesta dadah.
Memetik laporan Utusan Malaysia, serbuan tersebut diadakan pada Ahad lalu kira-kira pukul 11 pagi dalam sebuah inap desa yang disewa kumpulan terbabit di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab.Hamid berkata, ketika serbuan, kesemua suspek yang terdiri daripada 15 lelaki dan 11 perempuan itu sedang khayal akibat pengambilan dadah ketika pihaknya tiba di lokasi berkenaan.
Kesemua suspek terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi, operator kilang, mekanik, petani, kelindan lori, penganggur dan peniaga yang berusia antara 15 hingga 26 tahun.
Lebih mengejutkan, seramai lapan daripada mereka adalah remaja bawah umur yang terdiri daripada tiga lelaki berusia 17 tahun dan lima perempuan berumur 15 hingga 17 tahun.
“Hasil siasatan yang dijalankan, polis turut menjumpai 1.5 gram dadah dipercayai ketamin bernilai RM100, sebiji pil eramin 5 (RM45) dan sebiji pil disyaki dadah (RM35) daripada kumpulan itu."
“Ketika pemeriksaan fizikal dibuat, anggota polis turut menjumpai satu biji pil bertanda ‘S’ disyaki dadah di dalam poket seluar seorang suspek lelaki berusia 18 tahun namun tidak menemui pada suspek lain.”
“Hasil siasatan juga mendapati mereka memperoleh bekalan dadah itu daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Boss di kawasan Auto City, Juru yang diambil oleh salah seorang suspek,” ujarnya.
Hasil ujian air kencing terhadap kesemua yang ditahan turut mendapati mereka positif dadah jenis ketamin atau metamphetamin serta ada yang positif kedua-dua jenis dadah itu sekali.
Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-CARI
sumber : internet |
|
|
|
|
|
|
|
Penagih ni sene melayu keeee? Pengedar plak cina.. Gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Senang sangat ke diaorang ni dapat bekalan dadah? Sana sini cerita pasal remaja yang positif benda harem ni. |
|
|
|
|
|
|
|
lembap btol...forumer indong da bukak lama dah |
|
|
|
|
|
|
|
Poli?uitm?usm mgkin ada jugak.apa la nak jd semua ni |
|
|
|
|
|
|
|
gambar tu bergelempangan sambil digari. |
|
|
|
|
|
|
|
suspek terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi......
kesian parents harap anak gi belajar elok2..tp jadi lain..
Nauzubillahiminazalik..
|
|
|
|
|
|
|
|
@memeque10
@Simunggu
@bioessence
semua ni harapan kaum korang
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni salah cikgu ke salah mak bapak? Atau salah makcik jual nasik lemak tepi jalan perhaps? |
|
|
|
|
|
|
|
nama group tu keindongan sangat..... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai..mak bapa htr belajar laun anknya buat..hurmmm |
|
|
|
|
|
|
|
alahai..mak bapa htr belajar laun anknya buat..hurmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Yg merah tu ingatkan kondom, sbb nama group pun lain mcm jer bunyi |
|
|
|
|
|
|
|
Caprut.com nya nama grup |
|
|
|
|
|
|
| |
|