View: 3080|Reply: 9
|
Tak Susah Rupanya, Resipi Kuah Ala Shell Out!
[Copy link]
|
|
Bagi peminat makanan laut, pasti tak boleh menolak menu ala Shell Out.
Namun, sebenarnya selain kesegaran makanan laut yang digunakan, kuahnya juga memainkan peranan penting.
Anda boleh mencuba sendiri kuah ala Shell Out seperti di bawah ini. Pasti tidak menyesal dan membuatnya lagi!
Foto: Carian internet
Bahan A (kisar)
segenggam cili kering
1 sudu besar serbuk kari
1 labu bawang besar
5ulas bawang putih
Bahan B (hiris nipis)
1labu bawang besar
5 ulaa bawang putih
5 helai daun kari
5-10 biji cili padi (ketuk)
2 batang serai .
Bahan lain
sos tiram 3 sudu
sos ikan 3 sudu
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh air limau
gula
garam
Cara-caranya:
1) Tumis bahan B dngan minyak dan planta (mix tau bagi sedap). Selepas itu masukkan bahan A. Masak sampai garing.
2) Dah garing masukkn bahan lain. Perasakan bagi sedap. Tak payah letak air sebab nanti seafood akan keluarkan air.
* Sudah siap, masukkan seafood. Selepas itu asingkan seafood itu. Tinggalkan kuah dan pekatkan kuah dengan tepung jagung sikit.
* Selepas tabur seafood atas plastik baru tuang lebihan kuah atas tadi.
Tips:
1. Seafood nak sedap sila kukus supaya manis tak hilang.
2. Brokoli, jagung, lobak rebus dulu dengan minyak bagi warna cantik. - CARI
Kredit: ‎Myra Suhaimi‎ via Masak Apa Hari Ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ni resipi utk kuah yg pedas atau yg butter tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tertarik dengan jagung rebus tu. lama dah tak makan. |
|
|
|
|
|
|
|
I baru je buat weekend lepas. Mmg senang pun cuma renyah sikit laa. Hehe. Sedap ikut resipi ni. tmbh cili kalau nak pedas sikit. Udang tu I goreng sbb nak lg rangup |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama nak masak shell out ni, resepi ni paling simple so far good |
|
|
|
|
|
|
|
Suka sauce yg creamy butter tu. Selalu kalau order for family makan kat rumah, yg creamy tu habis dulu dari yg pedas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cuba la! Tq untuk resepi TT |
|
|
|
|
|
|
| |
|